PENGALAMAN BELI RUMAH SEMI D

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ dan salam sejahtera,



Alhamdulillah, syukur... Memiliki rumah adalah impian setiap orang.. Aku juga mempunyai impian dan rumah idaman seperti yang ku angan2 sejak dari kecil.. kalau di ikut dari angan2 sememangnya rumah idaman mestilah seperti istana, mempunyai banyak bilik dan lengkap dengan pelbagai kemudahan, kolam renang, taman bunga, gym, padang pemainan, tepi tasik atau pantai.. tapi itu hanya angan2. realitinya jika ingin memiliki rumah seharusnya kita memilih yang sesuai pada baget dan kewangan semasa kita.
PENGALAMAN BELI RUMAH SEMI D SETINGKAT
Kami ingin berkongsi dengan korang pengalaman kami membeli rumah

14/09/14 - 27/4/2015 (BOOKING RUMAH )

  1. Kami mencari rumah idaman kami setelah selesai perkhawinan kami.  kami booking beberapa rumah..  
  2. mula2 booking rumah double storey di dengkil tetapi projek dibatalkan dan kami mendapat duit booking RM5000 kembali 
  3. kemudian awal April 2015 kami berjaya booking rumah SEMI D diteluk panglima garang hanya bermodalkan RM500, rumah ini telah menjadi rumah ke2 kami dan juga rumah yang kami pilih untuk didiami. 
  4. Pada 27/4/2014 kami booking RM500 rumah teres setingkat di rantau panjang, klang yang telah menjadi rumah pertama kami Dapatkan booking slip daripada agen atau pemaju. resit ini penting jika kita ingin membatalkan booking rumah tersebut. 
  5. Rumah teres ini dibeli kerana rumah Semi D yang kami beli kelihatan seperti projek gagal dan jika semi D tersebut berjalan kami rancang untuk menyewakan sahaja rumah teres ini.. 
  6. semasa awal april 2015 ini projek rumah semi d ini sudah bermula iaitu tanah sudah diratakan 
  7. Kami memilih rumah yang berada ditengah taman dan hampir dengan taman mainan untuk memudahkan anak kami bermain dan juga sebelum bumper jalan untuk memastikan kereta yang lalu dihadapan rumah berkelajuan slow


Ni layout rumah tu
RUMAH SEMI D TAMAN BENTARA, TELUK PANGLIMA GARANG
-30 UNIT
-LAND SIZE = 33X110
-BUILD UP = 23X50
-KELUASAN 338M2
-4 BILIK 2 BILIK MANDI
-FULLY TILES
-PLASTER SILING
-RUANG LAMAN HADAPAN DAN BELAKANG YANG LUAS
-DESIGN MODEN DAN MENARIK



28/4/2015 - 5/5/2015 (LENGKAPKAN BORANG PERMOHONAN)
  1. Pihak developer iaitu TIGA BINTANG ASTANA SDN BHD telah melantik I-GRAND PROPERTIES MANAGEMENT SDN BHD untuk menguruskan segala urusan melibatkan pembelian rumah teres ini. 
  2. ssejati akan mewakili pihak developer untuk pengurusan mencari Loan bank dan lawyer, 
  3. maknanya kami tidak perlu mencari bank dan lawyer hanya perlu menyediakan beberapa dokumen penting untuk memudahkan urusan bank dan lawyer. 
  4. Sebenarnya developer adalah perkara sangat sangat sangat penting yang perlu diberi perhatian.. terlalu banyak rumah baru terbenkalai disebabkan developer tak mampu meneruskan projek. dan sejujurnya developer yg kami pilih ini langsung tidak popular dah takde sebarang butiran kejayaan dalam internet.. memang 1 keputusan paling bahaya yang kami telah lakukan
  5. Dokemen yang diperlukan ialah
    • Slip gaji 3 bulan
    • penyata terbaru kwsp
    • bank statement
    • ic
    • Pengesahan jawatan dari majikan

5/5/2015 - 30/10/2015 (URUSAN SNP)
  1. Setelah penyerahan dokumen pada agent developer iaitu awal bulan 4 2015 , pihak developer perlu menyiapkan Perjanjian Jual Beli atau Sales And Purchase Agreement (SNP) untuk kergunaan dan rujukan pihak bank dan lawyer
  2. Proses penyediaan perjanjian ini memerlukan tempoh yang agar lama kerana memerlukan maklumat detail projek perumahan tersebut
  3. dari bulan 4 sehingga awal bulan 9, kami menanti jawapan dari agent tetapitiada sebarang jawapan dan kami rasa projek semi d ni telah terbengkalai
  4. Alhamdulilah awal bulan 9 kami dikejutkan panggilan dari agent untuk hadir ke pejabat developer untuk menandatangani segala surat perjanjian snp
  5. Kami tidak perlu membayar sebarang deposit semasa menandatangan SNP ini kerana telah mendapat 10% discount bumipurta..
  6. dan lagi menggembirakan kami, Dari maklumat SNP ini kami diberitahu akan mendapat Legal Fees and Stamp Duty untuk SNP secara percuma
  7. SNP juga menyediakan jadual progres rumah yang perlu pihak developer patuhi
  8. Kami juga diterangkan pelan dan layout keseluruhan rumah yang akan kami beli
  9. kami juga diterangakan spesifikasi rumah lengkap yang akan kami dapat
  10. Kami diberi salinan Jadual G (untuk landed house) di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966. salinan ini perlu kami simpan sebagai bukti dan dokumen penting untuk urusan kwsp dan sebagainya
  11. kami hanya diberi DRAF SNP kerana SNP sebenar akan diberi oleh laywer setelah selesai segala urusan 



1/10/2015 - 15/10/2015 (URUSAN LOAN BANK)
  1. Setelah pihak developer menyiapkan Draf SNP, Barulah boleh pihak developer menghantar draf SNP ke pihak bank untuk rujukan detail projek rumah tersebut
  2. kami menanti 2 minggu dengan penuh sabar dan berharap ada bank yang sudi menerima pemohonan pinjaman rumah kami ini..
  3. kami mendapat berita gembira iaitu 1 bank bersedia untuk memberi kami pinjaman perumahan iaitu dari bank rakyat.
  4. bank Rakyat telah menawarkan pakej terbaik, dari segi jumlah pinjaman, interest rate, tempoh bayaran balik, dan mengikut kaedah Islamik
  5.  loan yang diluluskan hanyalah 90% dari harga rumah 
  6. Total harga rumah kami adalah RM 417000 tetapi bank hanya meluluskan sebanyak RM375000 dan pihak developer akan membayar kami rm500 dari baki tersebut
  7. Loan sepatutnya termasuk dengan MRTT - Takaful Insuran untuk cover loan (wajib) tetapi pihak bank memberi suggestion untuk kami memilih MRLTL selepas kami mampu dan tidak perlu masuk loan
  8. kami juga dimaklumkan perlu membayar Insuran kebakaran, kena bayar tahunan (yearly).
  9. kami perlu menandatangani pejanjian pinjaman setelah kami bersetuju segala syarat yang dinyatakan dalam letter offer bank tersebut. 
  10. perjanjian bank setle 15/10/2015


15/10/2015 - 30/10/2015 (URUSAN LAWYER)
  1. Setelah urusan SNP dan Loan bank selesai kami perlu berjumpan lawyer bank untuk menandatangani borang perjanjian yang sangat banyak
  2. lawyer bank ini tidak sama dengan lawyer snp dan kami Mendapat khabar gembira lagi untuk loan legal fees, stam duty juga kami mendapat FREE . Alhamdulilah kami dah jimat lebih dari  rm8000++
  3. Setelah selesai tandatangan segala surat perjanjian SNP bersama peguam.. dan kami dibawa ke perjabat tanah klang untuk memudahkan urusan pengesahan.
  4. Alhamdulilah kami selesai segala urusan SNP. Tarik paling penting adalah tarikh SNP dibuat.. developer wajib menyiapkan rumah semi d kami sebelum 2 tahun dari tarikh SNP
  5. Tarikh SNP rumah Semi D kami = 30 October 2015 maknanya kami akan dapat kunci rumah sebelum 30 october 2017 
  6.  Jika developer lewat menyerahkan kunci. developer perlu membayar denda kelewatan dan jika bank lewat membayar duit kepada developer.. kita sebagai pembeli wajib follow up bank supaya jangan lewat jika tidak kita yang perlu membayar denda atas kelewatan bank tersebut.


 (URUSAN KWSP)
  1. Kami  duit KWSP kami untuk menampung duit deposit rumah sebanyak RM300000 untuk rumah pertama kami iaitu rumah teres.. so untuk rumah semi D ni tidak boleh menggunakan KWSP 
  2. Mujurlah kami dapat segalanya discount dan FREE.. Alhamdulilah syukur pada tuhan
  3. Pengeluaran KWSP dari akaun2, boleh dibuat untuk membeli rumah pertama atau rumah kedua dengan syarat sudah menjual rumah pertama.
  4. Jumlah duit yang boleh dikeluarkan dari akaun2 ialah perbezaan antara harga rumah dengan loan campur 10% dari harga rumah berbanding dengan jumlah simpanan dalam akaun2, dikira mana-mana yang terendah.
  5. Kami plan akan menjual rumah teres tersebut akan akan daftar kembali rumah semi D ini sebagai rumah pertama..
  6. KWSP Juga menawarkan banyaran bulanan untuk rumah tertaluk pada syarat

 (URUSAN DIPOSIT TNB DAN SYABAS)

  1. Awal bulan 2 2017 kami dihendaki membayar RM500 untuk diposit syabas dan tnb.. yang ni wajib bayar setelah rumah siap 100% hanya perlu tunggu terima kunci dan CF kelulusan kemasukan rumah.. tapi prosec dapatkan CF ni memang lama 2 3 bulan gak

(29/3/2017 - PENYERAHAN KUNCI RUMAH DAN CF)

    1. Alhamdulilah tak sampai pon 2 tahun dah dapat kunci rumah
    2. kami perlu membayar RM400 untuk denda kelewatan bank bayar duit pada developer
    3. kami juga perlu membayar RM600 untuk maintenance fee sebab taman baru majlis pembandaran tak masuk kawasan rumah lagi untuk punyut samapah dan mesin rumput
    4. pihak developer mengkontrakkan vandor sementara majlis masuk taman
    5. masa penyerahan kunci ini juga developer akan serahkan borang defect untuk kita claim dan request developer repair segala kerosakan di dalam rumah. Pembeli mempunyai tempoh liability kecacatan (bahasa mudahnya dipanggil tempoh warranty) selama 24 bulan. Dlm tempoh tersebut sebarang kerosakan rumah yg disebabkan oleh mutu ketukangan, atau bahan2 yg digunakan, atau sekiranya kerosakan disebabkan Pemaju tak ikut spesifikasi atau pelan bangunan yg telah diluluskan, maka Pembeli boleh hantar notis aduan secara bertulis kpd Pemaju memaklumkan ttg kerosakan tersebut.
    6. Dan sebaik sahaja menerima notis aduan tersebut, Pemaju dikehendaki memperbaiki segala kerosakan rumah tersebut dlm tempoh masa 30 hari drpd tarikh terima notis aduan. Sekiranya gagal, Pembeli boleh lantik kontraktor atau tukang mereka sendiri untuk membaiki kerosakan tersebut, dgn syarat kontraktor yg dilantik kena bagi satu sebut harga kpd Pemaju ttg kos pembaikan kerosakan tersebut dan bagi peluang sekali lagi kpd Pemaju utk baiki kerosakan tersebut dlm masa 14 hari..sekiranya Pemaju masih tak baiki kerosakan tersebut, maka bolehlah kontraktor yg dilantik itu membaiki kerosakan tersebut dan segala kos pembaikan boleh dituntut drpd wang pertaruhan (retention money) yg dipegang oleh Peguam.


                    TIP UNTUK PROGRESS AKAN DATANG
                    Grill pintu dan tingkat = RM3000.
                      - stainless steel antara paling terbaik tapi mahal.. jangan pilih besi biasa.. sangat tidak qualiti.. kalau nak yang bajet pilih material wrought iron
                    Wiring Electrik = RM3000.
                    Besarkan dapur  = RM30K
                    Cabine Dapur= RM 7K
                    Awning belakang rumah =
                    simen belakang rumah
                    ruang tamu
                    Autogate =
                    bilik anak
                    Landskap taman
                    Mini Kebun =
                    cornice  kat semua siling rumah  



                    2016 - SEKARANG (BAYARAN PROGRESS RUMAH)
                    1. Apabila membuat pinjaman bank untuk membeli unit di dalam pembinaan, bank akan membuat bayaran kepada pemaju secara berfasa. Maka pembeli pun perlu membuat bayaran faedah atas pinjaman itu secara berfasa juga.
                    2. Harus diingat, bayaran yang dibuat hanya untuk bayaran faedah sahaja, bukan prinsipal.
                    3. Kita ambil contoh, katalah harga rumah tu rm200K mula-mula mungkin bayar dalam rm30 sahaja sebab baru kerja-kerja piling dilakukan. Selepas 5 bulan bayaran faedah mungkin naik ke RM 150 sebab struktur asas dah mula dibina. 4 bulan seterusnya mungkin naik RM 300 sebab dinding dah siap.setahun setengah kemudian, bayaran naik rm600 sebab mungkin dah siap pula kerja-kerja wiring dan begitulah seterusnya sehinggalah pembinaan 100% siap
                    4. Progress interes bank
                    5. 3/2016 = RM 73.43
                      4/2016 = RM 416.70
                      5/2016 =
                      6/2016 =
                      7/2016 =
                      8/2016 =
                      9/2016 =
                      10/2016 = RM1030
                      11/2016 = RM1056.78
                      12/2016 = RM788
                      1/2017 = RM 1125
                      2/2017 =
                      3/2017 =
                      4/2017 = 
                       
                       
                      GAMBAR PROGRESS 10/2015 
                    Dari bulan 4/2015 hanya ratakan tanah je.. bulan 10 baru start letak barang dan tanam ceracak

                       



                      GAMBAR PROGRESS 4/2016  
                    Rumah dah 50% siap


                      GAMBAR PROGRESS 8/2016  
                    Rumah dah 70% siap



                      GAMBAR PROGRESS 3/2017  

                    Rumah dah 100% siap, dah dapat kunci