300


Sinopsis

Gerard Butler membawa watak Leonidas, Raja yang memerintah Kerajaan Sparta. Dia dibesarkan dengan serba kemuliaan dan kemegahan. Leonidas juga menjadi pahlawan yang bijaksana di medan perang.

Sebaik saja berita pemimpin agung Kerajaan Parsi, Xerxes, mahu menakluki Sparta, Leonidas terus mengisytiharkan Sparta akan berjuang bermati-matian untuk menentang pihak musuh. Bimbang keselamatan dan kebebasan rakyatnya mungkin tergugat, Leonidas akhirnya memilih 300 askar terbaik dalam usaha menyekat kemaraan Xerxes dan askarnya yang berjumlah ratusan ribu di Gates of Hell. Peperangan ini adalah berdasarkan Battle of Thermopylae dalam sejarah Greek, tercetus sekitar 480 SM.


Sementara itu, isteri Leonidas, Permaisuri Gorgo, cuba menggunakan cara lebih diplomatik untuk mendapatkan tentera bantuan menerusi Majlis Perwakilan Sparta. Pada masa yang sama, Theron mengkhianati ahli majlis dengan meracuni fikiran mereka supaya menolak permohonan Permaisuri Gorgo itu. Filem ini dihiasi dengan sinematografi yang cantik bak lukisan bak serta dipenuhi babak gerak perlahan yang begitu artistik.