Kekasihku Seru


Drama bersiri 13 episod "Kekasihku Seru" adalah karya usaha sama pasangan suami isteri, Kabir Bhatia selaku pengarah, manakala skrip nukilan Mira Mustapha

Dibintangi oleh:
Emelda Rosmila
Hairi Othman
Umie Aida
Kuza
Fizz Fairuz
Rose Iskandar
Ahmad Mazlan

Sinopsis Kekasihku Seru
Emelda Rosmila memainkan peranan sebagai Marisa merupakan graduan dalam bidang sains dan ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran. Misteri bermula setelah Marisa mengetahui bahawa beliau adalah seorang anak angkat, keinginan untuk mengenali keluarga asal membawa Marisa ke alam penuh mistik dan pelik.

Marisa bertemu dengan pasangan adik beradik Mas Suri (Umi Aida), Mas Ayu (Kuza) dan Mas Lela (Rose Iskandar). Dia merasakan bahawa salah seorang daripada mereka merupakan ibunya Mas Suri seorang yang tegas dan jarang sekali berperasaan sensitif, bertanggungjawab untuk menjaga Mas Ayu daripada gangguan Waris. Siapakah Waris?

Waris yang dilakonkan oleh Hairi Othman telah hidup di dalam keadaan ‘limbo’ selama 100 tahun. Untuk memastikan hayatnya berpanjangan, Waris memerlukan seorang kekasih dari keturunan Mas Ayu. Selama ini keturunan Mas Ayu cuba menghalang gangguan Waris dengan tidak membenarkan anak-anak perempuan mereka untuk berkahwin.

Mas Ayu pula kini katatonik yang tidak mampu bergerak atau berkata-kata. Waris cuba mempertaruhkan Mas Ayu demi kepentingannya namun dalam masa yang sama dia tidak dibenarkan hidup oleh Mas Suri yang mahu mengawal kuasa Waris.

Sementara itu, Fizz Fairuz melakonkan watak Rashad, bekerja sebagai pensyarah di sebuah universiti tempatan. Beliau telah kehilangan anak dan isterinya di dalam kemalangan jalan raya dan sejak itu, beliau mampu melihat makhluk halus di sekelilingnya. Abangnya mati dibunuh dan Rashad cuba menyelesaikan misteri kematian abangnya yang merupakan mangsa Waris.

Masihkah ada sinar harapan untuk Marisa menemui kembali keluarga kandungnya?
Berjayakah Mas Suri menghapuskan Waris yang sudah hidup seratus tahun?
Adakah Rashad menerima kelebihan yang dimilikkinya atau merupakan satu beban yang perlu ditanggung?
Apakah kaitan cerita-cerita mereka?
Ayuh cepat download dalam link sharing M@T@