Gadoh



“Saya paling tak suka orang cina, diaorang ingat diaorang bagus, pijak orang melayu”

“Orang melayu tak hormat orang cina punya, kita terpaksa kerja kuat nak hidup, nak belajar tinggi, takda duit macam mana nak berjaya”

“Orang cina makan babi, pengotor, berak tak pernah basuh”

“Melayu bodoh, belajar tak pandai pun boleh masuk U”

“Melayu suka komplen, selalu cari salah orang lain, salah sendiri tak nampak”

“Oi cina, lu jaga sikit lu punya mulut haa…eh lu tau tak lu menumpang saja dekat negara ni tau, sapa yang cari gadoh”

“Orang melayu tadak otak”

“Orang cina masok neraka”

“Diaorang tamak”

“Bangun pagi tak mandi pagi, badan bau busuk”

Apa nii?????

Entri ni bukannya entri perkauman yang aku cuba wujudkan. Dialog-dialog yang agak perkauman di atas ni aku petik dari filem Gadoh. Baru lepas layan movie ni kelmarin. Best la juga. Nak tau baik buruk movie ni, download jek

Cerita Gadoh ini (sedikit sinopsis) adalah mengenai sekumpulan pelajar samseng Melayu dan Cina yang membenci diantara satu sama lain disebabkan perasaan perkauman. Budak melayu benci cina sebab mereka adalah cina dan budak cina benci melayu disebabkan mereka adalah melayu. Tiada sebab lain yang lebih signifikan untuk mereka bergaduh melainkan rasa benci terhadap kaum (disebabkan prejudis tradisi dan pengalaman-pengalaman peribadi mereka).
Pergaduhan mereka telah tersebar ke dalam media massa, maka pengetua sekolah telah meminta pandangan para guru untuk membaik pulih imej sekolah dan sekaligus menyelesaikan masalah budak-budak 'rasis' tersebut.


Seorang guru cina, muda, dan optimis telah mencadangkan satu cadangan yang sangat 'poetic' iaitu dengan mewajibkan pelajar-pelajar yang bermasalah dari dua kumpulan kaum itu menyertai kelab teater yang akan ditubuhkan khas untuk mereka.
Alasannya adalah dengan tetater ( atau lebih tepat lagi :Seni) budak-budak itu dapat menghayati semangat 'kemanusiaan' lalu dapat mengatasi rasa benci di dalam diri mereka. Pengetua bersetuju, dan cikgu wanita tersebut telah mengajak teman lamanya, seorang pemuda lelaki melayu melatih budak-budak tersebut berteater.
Budak-budak cina dan melayu tersebut akhirnya menyertai kelab teater itu dan lama-kelamaan, kesan dari latihan-latihan teater itu rasa perkauman masing-masing semakin terhakis.

Sebagai sebuah filem yang dibikin dengan bermotifkan sesuatu, yang terang sekali tertera dihadapan kotak DVD iaitu ' AKU BANGSA MALAYSIA' maka cerita Gadoh ini sudah tentunya mengarah ke pengakhiran yang positi dimana pelajar-pelajar bermusuhan itu akhirnya telah dapat menerima satu sama lain dengan semangat penuh 'Kemalaysiaan'. Huih!