Speed Scandal



Jalan citer dia biasa saja dan tidak bersesuaian dengan budaya kita di sini iaitu tema dia anak luar nikah. Skrip dan lakon layar dia yang gedebas

Seorang pemuda bernama Nam Hyun Soo (pas ni dikenali sebagai Incik Nam) yang bekerja sebagai DJ radio. Agak pemes jugak dia ni sebab selain menjadi DJ beliau juga berlakon iklan. Kemudian satu hari dia didatangi oleh seorang ibu tunggal muda bersama anak lelaki nya berusia 5 tahun, mengaku bahawa Incik Nam adalah bapa nya. Bertekak punya bertekak akhirnya Incik Nam tingat bahawa masa dulu Incik Nam pernah melakukan hubungan sulit dengan seorang wanita yang 5 tahun senior dari nya di kolej. Incik Nam tidak menyangka bahawa hubungan sulit nya itu membuahkan hasil.

Itu satu hal. Kemudian perempuan itu, anak luar nikah Incik Nam pulak ada anak lelaki yang juga hasil hubungan sulit dengan boipren dia. Maka lahir la Hwang Ki-dong yang comey itu. Berapa banyak anak luar nikah daa. Aigoo.

Dipendekkan citer, Incik Nam tidak puas hati dan pergi buat DNA test dan keputusan DNA ialah 100%. Sebagai seorang DJ popular dan selebreti (sbb blakon iklan) Incik Nam takut jika perkara ini dapat dihidu oleh wartawan, maka reputasi nya sebagai seorang selebreti yang bersih dan suci dari skandal dan kontrobesi akan terjejas. Incik Nam pon sedaya upaya cuba untuk cover line agar hal itu tidak tersebar di dalam konti. Di samping itu beliau juga kawatir saham beliau sebagai DJ teruna yang segak bergaya akan jatuh merundum dan tiada aweks yang mahu berkenalan dengan beliau jika dapat tahu beliau mempunyai seorang cucu dan berstatus 'datuk' atau haraboji dalam bahse Korea

Filem ini berjudul Speed Scandal sebab Incik Nam mempunyai skandal dalam masa yang singkat. Terlampau speed terus ada cucu skali gus. Hehehe