Tsunami at Haeundae



aku dah tonton filem di atas. kau dah?
dicadangkan untuk ditonton yerh.
cerita adalah best. kira takde la nampak ketara nauu kesan khas tsunami.

nampak seperti real jugak. gelombang laut dan bangunan yang runtuh.
sinopsis boleh kau baca kat atas, aku copy dari website GSC.

selain kisah tsunami, sebenarnya ada 4 kisah manusia yang mana bagi pengajaran sangat besar untuk kita-kita nie.

first sekali pasal anak lelaki dan mak nya. oh, jangan kau tanya nama watak segala. harus nama korea, sampai meletup medula oblongata pun aku takkan dapat ingat nya.

anak lelaki ni pemalas. takmo kerja. dan selalu kurang ajar dengan mak nya. manakala mak nya sangatlah penyayang dan bersabar dengan kerenah anaknya.

kedua. pasal seorang lelaki yang cintakan seorang perempuan, tapi tak mampu nak terus terang. sebab lelaki tu rasa bersalah. kerana dia yang menyebabkan ayah perempuan tu mati di tengah laut.

ketiga. pasangan suami isteri yang berpisah. sebab keegoan masing-masing. dan akhirnya sama-sama mati dalam tsunami itu. huhu.

dan kisah keempat. paling tragis. paling nangis. palingg huwaaaaaa….
awek dengan mamat ni, baru je berkenalan kat haeundae tu. mamat ni adalah lifeguard, orang susah. awek ni pulak orang kaya dan berpelajaran. suka sama suka, tapi ada orang jahat sudah kacau daun. sian mamat ni kena pukul dengan orang jahat itu. sungguh jahat orang itu.

tapi ujung-ujung mamat lifeguard ni yang selamatkan orang jahat itu di tengah lautan gelombang. dan sebab tali helikopter tak dapat nak tampung 2 orang, mamat lifeguard ni sudah berkorban diri. dia putuskan tali itu. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…. nangisssss ooooooooo… dah la mamat lifeguard tu comellll….

lalu jatuhlah dia ke dalam lautan dan ditelan tsunami. manakala awek itu menangis meraung dari atas helikopter…

moral of the story. sayangilah orang yang betul-betul sayangkan kita, sementara dorang ada lagi kat muka bumi ni. esok bila mereka dah takde, satu apa pun tak guna kan. begitu.

ujung-ujung dalam kereta, on the way balik rumah, aku dok cakap ‘aku sayang ko’ kat encik z sebanyak duaploh lapan kali. sampai member pun naik hantoooo. hehe..