500 Days Of Summer


Filem ini mengisahkan sebuah hubungan antara seorang wanita, Summer (Zooey Deschanel), yang tidak pernah percayakan cinta dan seorang lelaki lelaki, Tom (Joseph Gordon-Levitt) yang jatuh cinta kepadanya. Apabila Tom ditinggalkan oleh teman wanitanya Summer, dia mengimbas kembali 500 hari mereka 'bersama' dan cuba memikirkan apa yang menyebabkan hubungan tersebut tidak menjadi.



Bagaimanakah anda membikin sebuah filem romantik komedi yang mendapat pengiktirafan ramai jika bukan dengan menceritakan sebuah kisah cinta seorang lelaki yang dikecewakan dan mengambil dua pelakon muda yang cukup berbakat untuk berlakon di dalam filem tersebut? "(500) Days Of Summer" adalah sebuah filem yang menarik dengan latar muzik yang bagus, di samping mengekalkan jalan cerita filem cinta remaja yang berbeza daripada apa yang kita selalu saksikan.

Ada beberapa kejayaan di sini. Pertama sekali, filem ini berjaya mengatasi filem "Harry Potter" yang keenam di Amerika Syarikat pada Julai lalu walaupun tayangannya di pawagam agak terhad. Kemudian, baru-baru ini pelakon wanita berbakat Zooey Deschanel sudah pun mendirikan rumahtangga (sesuatu yang berbeza dengan watak yang dilakonkannya di dalam filem ini). Nampaknya kejayaan tersebut seolah-olah memihak kepada filem ini.

"(500) Days Of Summer" membawa kita ke perjalanan sebuah hubungan cinta yang agak pelik dan mungkin ada yang memikirkan ianya agak bodoh, namun dengan memainkan watak sebagai satu pasangan, Deschanel dan Joseph Gordon-Levitt berjaya memberikan lakonan yang cukup berkesan dan membuatkan filem ini lebih menarik untuk ditonton. Tom yang jatuh cinta terhadap Summer melalui satu pengalaman yang memeritkan dengannya. Sepanjang filem ini, kita dapat saksikan 95 peristiwa melucukan tetapi cukup bermakna seperti seks ketika mandi, membeli-belah di Ikea dan juga perbincangan bintang pop British. Malah terdapat juga tarian muzikal yang menarik, ala Bollywood!

Mungkin ada beberapa elemen yang membuatkan pengalaman menonton filem ini agak berbeza. Walaubagaimanapun, "(500) Days Of Summer" nyata berakhir dengan bagus dan sentimen kontemporari yang dipamerkan telah berjaya menjadikannya sebuah filem yang diingati. Mungkin ada yang mengharapkan akan ada lagi 500.