Batte for Terra


Apabila planet Terra yang aman damai itu diserang oleh sekumpulan manusia yang terapung di angkasa lepas, peperangan antara kedua-duanya bermula untuk mengawal planet tersebut. Mala (Evan Rachel Wood) yang suka memberontak dari planet Terra bersama dengan seorang juruterbang manusia, Jim (Luke Wilson) mesti meyakinkan kedua-dua ketua mereka bahawa peperangan bukan jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah dan mereka perlu membantu untuk memulihkan hubungan sebelum terlambat.