Cinta


Filem Cinta sedikit sebanyak memberikan pilihan, sama ada tinggalkan saja lelaki itu, mulakan langkah baru, berikan kasih sayang kepada yang sebenarnya memerlukan, atau anda terus berada pada kedudukan kedua atau ketiga di sisi lelaki tadi, jika bukan kelapan.
Kasih yang lahir secara semula jadi, cinta hakiki yang memerlukan pengorbanan, sayang kepada suami, anak dan isteri serta rasa kasihan mendalam yang membahagiakan, semuanya digaul cantik menerusi filem ini.

Lima kisah berbeza, tetapi disunting sempurna untuk memberikan persembahan cukup mempesona

FAKTA

Lima kisah cinta

* Romantis - Azlan dan Azura (Eizlan Yusof dan Fasha Sandha) PERTEMUAN yang tidak diduga mencetus rasa cinta hartawan, Azlan, kepada Azura, seorang pembantu kedai buku.

* Tulus - Arianna dan Taufiq (Sharifah Amani dan Pierre Andre) ARIANNA datang ke ibu kota untuk mencari kekasihnya. Dalam pencarian itu, dia dibantu Taufiq, wartawan yang tidak dikenalinya.

* Sepenuh Jiwa - Airin dan Harris (Rita Rudaini dan Rashidi Ishak) ARKITEK, Haris, memiliki segala-galanya. Tanpa disedari, kehidupannya bagai ilusi apabila Airin bertemu lelaki lain.

* Abadi - Dyan dan Dhani (Nanu Baharuddin dan Que Haidar) DYAN, arkitek yang terperangkap dalam cinta tiga segi. Kasih sebenarnya adalah untuk Dhani, adik lelakinya yang enggan menurut kata.

* Unggul - Elyas dan Rubiah (Rahim Razali dan Fatimah Abu Bakar) CINTA tidak mengenal usia. Cikgu Elyas, seorang pesara yang baik hati, sering ke kedai Rubiah, seorang janda yang mengasihani dirinya.Apakah Elyas dapat mengenali cinta.


CINTA

Cast : Fasha Sandha
Rita Rudaini
Nanu Baharudin
Sharifah Amani
Fatimah Abu Bakar
Eizlan Yusuff
Pierre Andre
Que Haidar
Rashidi Ishak
Dato' Rahim Razali
Producer : Ahmad Puad Onah
Director : Kabir Bhatia