Delhi 6


Filem ini dimulakan dengan konflik keluarga di mana nenek kepada Roshan yang ingin menamatkan riwayat hidupnya di tanah air tercinta, Delhi. Kedua-dua anak dan menantunya membangkang keputusannya tetapi akhirnya terpaksa akur dengan kehendak beliau. Jadi Roshan pergi menemani neneknya kembali ke tanah air India dan begitu teruja dengan kehidupan di sana. Kemudian pelbagai perkara yang berlaku seperti kemunculan isu 'Black Monkey', cinta Roshan terhadap Bittu, dan rusuhan agama antara penduduk Delhi 6 yang sekian lama telah pun hidup aman damai aman damai tanpa sebarang gangguan. Semua masalah ini berlaku dan turut melibatkan Roshan dan neneknya. Ikuti bagaimana Roshan menangani masalah ini dan kesudahan filem ini yang bagi saya amat menarik untuk ditonton.

Pengarah: Rakesh Omprakash Mehra
Pelakon: Abhishek Bachchan, Sonam Kapoor, Waheeda Rahman, Om Puri, Rishi Kapoor, Divya Dutta, Prem Chopra, Atul Kulkarni, Deepak Dobriyal, Cyrus Sahukar, Amitabh Bachchan
Genre: Komedi, Drama
Masa : 136 minit
Bahasa: Hindi, Inggeris


Isu Dalam Filem Delhi 6


* Perbezaan agama
* Keluarga
* Cinta