Departures


Filem Jepun ini telah memenangi Best Foreign Language Film di Oscar yang lepas

Filem ini bertemakan kematian, orang mati dan profession berkaitan dengan orang mati

Departures dalam filem ini membawa maksud "menghantar orang mati ke destinasi yang terakhir". Gituh la lebih kurang maksud dia

Mengisahkan seorang lelaki bernama Daigo Kobayasi seorang pemain cello di sebuah orkestra. Satu hari orkestra itu dibubarkan dan beliau kehilangan kerja.

Fikir punya fikir punya fikir Daigo mengambil keputusan mahu membawa diri ke kampung. Untuk menanam jagung barangkali. Dia pun balik la ke kampung bersama isterinya. Kemudian di kampung Daigo cuba-cuba jugak mencari pekerjaan. Hutang beli cello ada lagi tak habis bayar. Kemudian dia terbaca satu iklan jawatan kosong di akbar

Iklan berbunyi begini,

"No age limit, high salary, short actual working time. As a full time employee. NK Agent. A job that helps out journeys. No experience necessary"

"Kerja apaan ini? A travel agency? Or may be tour guide?" sembang Daigo bersama isterinya

Pergi la dia interbiu kerja. Pegi-pegi interbiu terus dapat kerja. Bos terus bagi gaji lumayan masa dia menjejakkan kali di opis

"Wah lumayan sih tapi apakah jawatan nya?" kata Daigo yang masih moskel dengan pekerjaan baru nya itu

"Places a corpse into the coffin" kata bos nya

Apaaa????

*latar belakang kesan bunyik guruh berdentum-dentum*

Amat terkejut beruk la Daigo pabila dapat tahu jenis perkerjaan yang dia baru jawat itu iaitu meng-kapankan orang mati

(Kalau adegan terkejut mesti ada sound effect kan ahaks)

Daigo berbelah bahagi mengenai kerja baru nya itu. Nak? Tak nak? Nak? Tak nak? Sebab dia fobia mahu memegang mayat

Akhirnya dia menyahut cabaran kerja baru nya itu. Men-transformasikan diri nya dengan tugasan baru. Dari seorang pemain cello ke tukang kapan maya