Jennifer's Body



Jennifer (Megan Fox) dan Needy (Amanda Seyfried) bersahabat baik di sebuah kolej. Sehingga pada suatu malam jeniffer mengajak Needy kesebuah kelab yang akan didatangi sebuah kumpulan indie band baru. Ahli kumpulan indie band tersebut berniat jahat ke atas Jennifer dan cuba untuk menjadikannya korban pemujaan syaitan agar kumpulan mereka lebih dikenali ramai dan popular mengikut kepercayaan karut mereka. Tiba² kelab tersebut terbakar dan Needy terpisah dengan Jennifer kerana dibawah oleh ahli kumpulan tersebut. Sekembalinya Needy kerumah, dia berjumpa Jennifer dan merasakan satu kelainan berlaku. Hari benganti hari... Jennifer telah berganti menjadi seorang blood sucker... Jennifer mencari mangsa lelaki di kolejnya untuk dijadikan makanan agar dapat kelihatan cantik dan bertenaga. Sehinggalah pada suatu hari teman lelaki Needy menjadi mangsa. pergghh!!! cerita ni seram sejuk kalau tengok... aku tengok movie ni sebab aku minat dengan Megan Fox... kalau seram² tu.. hurmm.. takde laa seram sangat sebab aku tengok Megan Fox ni... cute jer walaupun dah jadi blood sucker... heuheuheu... kalau nak tengok dia punya suspen... ah pergi laa tengok sendiri kat pawagam berhampiram... cerita dia memang best dan aku bagi 4/5 bintang!