KAMEN RIDER DECADE


KAMEN RIDER DECADE


Sinopsis : Sebelom ni sudah wujud 9 Rider ( aka Heisei Rider … Rider yg wujud lepas taun 1989 ) tetapi mereka di dunia berbeza … Tiba2 dunia2 Rider ni nak bergabung dgn satu dunia yg agak asing … Dan penghuni dunia ini, Tsukasa Kadoya terpaksa bertungkus lumus untuk mengelakkan dunianya musnah akibat pertembungan 9 lagi dunia dengan bertukar menjadi Decade … Malangnya, usaha murninya dihalang oleh Narutaki dengan beranggapan bahawa Decade akan menjadi Pemusnah Dunia jika semua kuasanya dan memorinya kembali semula … Untuk menyelamatkan dunianya, Decade terpaksa menjelajah dan berjumpa dengan Rider2 lain untuk mengelakkan terjadinya kemusnahan mutlak … Mampukah Decade mengelakkan Rider War dari terjadi dan seterusnya membersihkan namanya kembali …

Komen aku :
Best gak kali ni sebab first time ada twist dalam cerita Kamen Rider … Ya la, cerita ni memang khas untuk budak2 tapi menarik gak bagi seseorang cam aku yang selalu inginkan thriller … Pastu of kos la 9 Rider yg sebelom2 ni tak penah berjumpa tiba2 nak lawan2 plak … Memang agak jarang bagi Kamen Rider series untuk buat crossover lepas era Black RX … Kira ni first time la, lagi2 lepas Decade jadi 10th Rider … So, kepada peminat Suria Bajak Hitam … Try la tengok … Kot2 berkenan …

Kamen Rider Decade / Tsukasa Kadoya
Seorang pemuda yg hilang ingatannya, dia bercita2 untuk menjadi jurugambar yg profesional … Malangnya, gambar2 yg dia tangkap kebanyakannya x menjadi … Dia juga ingin mencari dunia dia yg sebenar … Pabila huru hara timbul akibat pertembungan antara 9 dimensi yg berlainan, dia berubah menjadi Kamen Rider Decade dan cuba untuk mengembalikan keadaan seadanya … Sebagai Decade, dia mempunyai kebolehan untuk bertukar menjadi Rider lain dan juga mampu memanipulasi kuasa mereka … Dia juga digelar sebagai Akuma dan Sekai no Hakaisha ( Destroyer of the World )

Kamen Rider Kuuga / Yuusuke Onodera
Salah sorang daripada 9 Rider awal … Dia merupakan pemegang kuasa Kuuga … Juga merupakan Heisei Rider yg awal … Dia merupakan Kuuga yg berasal dari dimensi yg alternatif ( tiada kaitan dengan Kuuga yg sebenar ) … Pada mulanya dia beranggapan Tsukasa merupakan Demon yg akan memusnahkan dunianya tetapi setelah mengenali Tsukasa, dia mulai sedar bahawa Tsukasa ingin membantunya … Akhirnya, dia juga mengikuti perjalanan Tsukasa mengembara ke dunia Rider yg lain … Dengan kuasa Kuuga, dia menentang makhluk Grongi di dimensinya … Dia mempunyai 11 bentuk ( Rider yg paling banyak form change ) yg digunakan ketika berperang …


Kamen Rider Diend / Kaito Daiki
Brader ni bleh summon Rider … Macam2 kad dia ada …
******