Kamen Rider Kiva


nih sket info dier....


Kamen Rider Kiva adalah tajuk bagi drama televisyen tokusatsu Jepun 2008 yang dihasilkan oleh Syarikat Toei and Ishimori Productions. Drama ini mula disiarkan pada 27 Januari 2008 selepas berakhirnya siri Kamen Rider Den-O. Ia juga merupakan sebahagian siri bagi segmen "TV Asahi's 2008 Super Hero Time" bersama-sama dengan siri Engine Sentai Go-onger. Iklan bagi siri ini juga adalah berunsurkan filem seram sebagai satu motif bahawa Kamen Rider Kiva adalah "Pontianak". Slogan yang digunakan bagi siri ini ialah "Bangkitlah! Musnahkan rantai takdir". Episod pertama bagi siri bermula untuk memperingati sempena hari ulangtahun ke-70 Shotaro Ishinomori.

Sinopsis

Dua puluh tahun selepas kehilangan ayahnya, Wataru Kurenai (dilakonkan oleh Koji Seto) tinggal di sebuah rumah usang di mana dia ditakdirkan sebagai Kamen Rider Kiva untuk bertarung dengan Puak Fangire yang pernah bertarung dengan bapanya beberapa tahun dulu sebelum menghilangkan diri. Wataru juga terpaksa menghadapi cabaran daripada satu lagi Kamen Rider dalam siri ini yang dikenali sebagai Kamen Rider IXA yang juga merupakan salah seorang ahli daripada sebuah organisasi yang memburu Fangire. Kisah dalam siri ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu cerita Wataru pada masa sekarang (2008) dan cerita ayahnya iaitu Otoya Kurenai pada masa lepas (1986), dan membongkar secara perlahan kisah di sebalik kaitan antara Puak Fangire dengan Kiva.


Watak Utama
Watak utama dalam siri Kamen Rider Kiva terbahagi kepada dua tempoh masa berbeza yang mana ia berhubung kait antara satu sama lain. Ia adalah cerita Otoya Kurenai (sebagai Kamen Rider Ixa Ver. I) dan pemburu Fangire iaitu Yuri Aso pada tahun 1986 yang mengakibatkan pelbagai jenis Fangire yang wujud pada masa sekarang iaitu pada tahun 2008 di mana anak kepada Otoya iaitu Wataru (sebagai Kamen Rider Kiva) dan anak kepada Yuri iaitu Megumi (yang juga pemburu Fangire) terpaksa bertarung dengan Fangire tersebut untuk mengelakkan kematian manusia.


Fangire
Fangire adalah raksasa pontianak yang menjadikan tenaga kehidupan atau Life Energy manusia sebagai sumber makanan untuk hidup dan membolehkan mereka menyamarkan diri sebagai manusia. Disebabkan hal ini, satu pertubuhan dibentuk oleh sekumpulan manusia untuk memburu Fangire. Walau bagaimanapun, hanya Kiva dan IXA (Keisuke Nago) sahaja yang mampu mengalahkan dan menghapuskan Fangire. Yang mana Kiva berfungsi menangkap roh Fangire, dan IXA pula berfungsi melenyapkan kewujudan Fangire.