knowing


Pemenang Academy Award ® Nicolas Cage (National Treasure: Book of Secrets, Leaving Las Vegas) membintangi Knowing, sebuah filem thriller aksi tentang seorang profesor yang bergelut dengan ramalan menakutkan tentang masa depan dan menetapkan untuk mencegah semuanya dari menjadi kenyataan. Pada 1959, sebagai sebahagian dari upacara perasmian baru sebuah sekolah, sekumpulan pelajar diminta untuk mengambil gambar yang akan disimpan dalam kapsul waktu. Namun, seorang gadis misteri telah mengisi lembar kertas dengan barisan nombor rawak. Lima puluh tahun kemudian, pelajar sekolah itu melihat isi kandungan kapsul dan pesan tersembunyi dari gadis berakhir di tangan Caleb Myles. Tetapi ayah Caleb, seorang profesor Ted Myles (Nicolas Cage), menemukan sesuatu yang menakjubkan tentang pesanan ramalan tepat tarikh, kematian dan koordinat setiap bencana besar selama 50 tahun yang lalu.

Semasa Ted mengkaji dokumen rahsia yang mengerikan itu, dia menyedari dokumen itu meramalkan tiga lagi kejadian yang bakal berlaku. Kejadian terakhir yang akan berlaku bakal membawa kemusnahan pada skala global dan melibatkan Ted dan anaknya. Ted cuba memberitahu pihak yang berkaitan, namun Ted tidak dipedulikan. Lalu Ted cuba mencegah kejadian itu daripada berlaku. Dengan bantuan Diana Whelan dan Abby, anak dan cucu perempuan penulis dokumen itu, Ted semakin hampir untuk berlumba dengan waktu sehingga dia berhadapan dengan bencana terburuk dan pengorbanan besar yang harus dilakukan.

Filem : Knowing
Genre: Aksi/Fantasi/Sains Fiksyen
Pengarah: Alex Proyas
Pelakon: Nicolas Cage, Rose Byrne
Tarikh tayangan: 26 Mac 2009