Kungfu Cyborg





"Kungfu Cyborg" mengisahkan De Ming, seorang ejen rahsia negara dan organisma sibernetik atau dikenali sebagai cyborg, telah diprogramkan dan merupakan hasil cipta kerajaan China. Bagi menguji identiti De Ming yang lebih sofistikated, dia dihantar ke sebuah kampong di perdalaman sebagai orang yang baru berpindah. Tanpa mengetahui asal usulnya, orang-orang kampung melayannya dengan baik sekali. Segala-galanya terbongkar apabila cyborg yang lain, K-88 menjadi ganas. De Ming bersama-sama penjaganya Xu dihantar untuk mencari K-88. "Kungfu Cyborg" ditulis dan diarahkan oleh Jeff Lau.

"Kungfu Cyborg" dilakonkan oleh Ronald Cheng, Alex Fong, Wu Jing, Sun Li, Gan Wei, Eric Tsang dan ramai lagi!

"Kungfu Cyborg" akan ditayangkan di pawagam 27 Ogos 2009!