Night At The Museum 2


Larry Daley (Ben Stiller) seorang lelaki yang berjaya, mempunyai syarikat alat peralatan canggih untuk kegunaan rumah selepas 2 tahun meninggalkan kerjayanya sebagai Pengawal Keselamatan Muzium. Namun memiliki syarikat yang besar dan berharta bukanlah sesuatu yang Larry impikan kerana hidupnya telah berubah daripada seorang pengawal kepada hartawan. 2 tahun tidak berkunjung ke muzium yang dulunya adalah empat kegembiraannya berubah apabila suatu hari Larry singgah ke muzium, semua patung² didalam muzium tersebut akan dipindah ke Washington pusat pameran terbesar di dunia.

Melalui tajuknya Battle of the Smithsonian, Larry terpaksa pergi ke Smithsonian untuk menyelamatkan rakan² patungnya apabila Kahmunrah iaitu abang kepada Ahkmenrah raja firaun ingin menakluki bumi dengan memanggil bala tenteranya daripada zaman silam melalui jongkong emas yang menghidupkan kesemua replika didalam muzium tersebut.