Pisau Cukur


isau Cukur yang ditulis Rafidah Abdullah mengisahkan personaliti televisyen, Intan (Fazura) bercuti di kapal mewah bersama rakannya, Bella (Maya Karin), peserta program realiti Siapa Nak Kahwin Lelaki Jutawan (Who Want To Marry Millionaire).

Sejak kecil, Bella memasang impian berkahwin dengan lelaki kaya berstatus Datuk atau Tan Sri manakala Intan menjalin cinta dengan suami orang bergelar Datuk.
Di atas kapal, Bella berkenalan dengan Datuk Zakaria (Datuk Rahim Razali) dan Datuk Hisham (Eizlan Yusof) tetapi Bella lebih tertarik dengan Datuk Hisham, duda kaya yang kematian isteri berbanding Datuk Zakaria yang sudah mempunyai tiga isteri, Datin Wahidah (Khatijah Tan), Naini (Umie Aida) dan Sal (Sharifah Sofia) serta dua anak, Suri (Liyana Jasmay) dan Johan (Nas-T).Untuk memikat Datuk Hisham, Bella mengajaknya menyertai pertandingan tarian walaupun dia tidak tahu menari. Bella menggunakan khidmat jejaka yang meminatinya, Faqir (Shahredza Minhat) untuk menjadi rakan latihan di kelas cha cha.

Pelbagai cerita lucu berlaku apabila Intan bertemu penyiasat persendirian, Ari (Aaron Aziz) yang pernah menyusahkan hidupnya dulu. Namun, pertemuan kali ini berlainan apabila berlaku pembunuhan di atas kapal itu. Intan cuba menyiasat kes itu bagi membuktikan dirinya bukan sekadar cantik di depan kamera. Rencah dipaparkan Bernard dalam Pisau Cukur ini cukup rasa dengan komedi segar yang tidak dibuat-buat untuk memaksa penonton ketawa, sebaliknya lawaknya hadir menerusi dialog selamba, mimik muka pelakon serta saat tidak diduga yang melahirkan pelbagai kesan.Sesuai dengan judulnya Pisau Cukur, dialog Intan mengucapkan Oh My Gucci, My Prada, Jimmy Choo dan Louis Vuitton antara menggeletek penonton.

info
Judul : Pisau Cukur (working title)
Pengarah : Bernard Chauly (Gol & Gincu, Goodbye Boys)
Pelakon
Leading Ladies
1. Maya Karin ---> Best Actress Asian Film Festival 2004
2. Nur Fazura ---> Dua kali pencalonan Best Actress FFM (Qaisy & Laila (2005) dan Gol & Gincu (2006))
3. Umie Aida ---> 5 kali memenangi anugerah Best Actress (TV & Filem), Nomination Best Actress FFAP 2002 (embun)
Leading Man
1. Aaron Aziz

Cast
Eizlan Yusof ---> Bintang Harapan FFM 14
Rahim Razali ---> Dua kali Best Actor FFM, sekali Best Supporting Actor FFM
Khatijah Tan ---> Best Supporting Actress Asian Film Festival 2002

Shooting bermula 15 Julai.