Star Trek


keseluruhannya filem ni memang menarik!!! Cuba teka dah berapa movie Star Trek kesemuanya? Star Trek telah membuat 10 buah filem dan 6 drama bersiri sebelum ni... perghhh banyak tu! bermula pada 1979, zaman tv hitam putih lagik!!! Kali ni JJ Abrams diberi kepercayaan untuk membuat filem ke 11 ini dan JJ Abrams telah membawa penonton kembali pada zaman awal² cerita ini di siarkan iaitu dengan menampil 2 orang watak hero iaitu Kirk anak bekas Capten Kapal dan Spock berdarah Vulcan dan manusia yang bijak pandai yang mempunyai kuasa yang luar biasa. Kirk di lakon oleh Chris Pine (Hero dalam movie Princess Diaries 2 dan Blind Dating) hero hensem ni memang sesuai lah bawak watak Kirk yang nakal tapi berkeyakinan tinggi dan lasak, beliau membesar setelah ayahnya bekas seorang kapten kapal terkorban semasa menyelamat ibu dan anak² kapal yang lain.

Manakala watak Spock pulak dilakon oleh Zachary Quinto... sebut nama memang tak kenal tapi bila sebut HEROES yang memegang watak Sylar mesti ramai yang tahu, Spock merupakan anak kacukan Vulcan dan Manusia yang tidak dapat lari daripapa sifat² manusia dan berbeza dengan Vulcan² yang lain yang patuh dengan tatasusila dan undang². jom baca sinopsis cerita ni sedikit;

"Star Trek" menceritakan sebuah cerita mengenai seorang krew muda di dalam sebuah kapal angkasa lepas yang hebat pernah dicipta, USS Enterprise. Dalam filem yang dilengkapi dengan aksi dan komedi ini, mereka harus mencari jalan untuk menghentikan usaha seorang penjahat yang ingin memusnahkan manusia di muka bumi ini. Gabungan Watak Kirk dan Spock bersama² anak-anak kapal yang lain dalam USS Enterprise untuk misi menyelamat planet Vulcan bertukar kepada peperangan apabila kuasa jahat menjadikan mereka umpan. Aksi hebat dengan gambar efek khas yang menarik membuatkan filem ini buat aku tak rugi tengok :P