Akulah Perempuan Itu



sinopsis Cerekarama: Akulah Perempuan Itu yang akan disiarkan pada 10 October 2009 (Sabtu)

Yusrina (Rina) meluahkan rasa kekesalannya kerana tidak mendengar nasihat ibu dan ayahnya. Oleh kerana mengikut kata hati Rina berkahwin dengan Yazid walaupun tanpa restu keluarganya kerana Yazid seorang penagih dadah. Selepas berkahwin Yazid memaksa Rina menjadi pelacur.

Manakala, Zahir seorang pemuda yang baik dan dia berjaya mendamaikan Abang Leman dan Muthu yang bertelagah. Zahir disahkan doktor mengidap barah tulang tahap ketiga dan difahamkan doktor yang merawatnya dia tidak mempunyai masa yang banyak untuk meneruskan hidup. Suatu hari Zahir telah menyelamatkan Rina dan Nor dari gangguan dua pemuda. Pn Rubiah hairan macam mana Zahir tahu tentang penyakitnya.

Zahir sebenarnya terdengar percakapan doktor dengan ibunya. Pn Rubiah berjanji pada Zahir akan terus berusaha untuk mengubati penyakitnya. Zahir tidak mahu ibunya bersedih. Zahir pergi cari Rina untuk serahkan rantai kakinya yang tercicir. Ketika dia sampai Rina sedang dipukul Yazid kerana duit.

Zahir berjumpa dengan Mummy dan mahu membawa Rina pergi bercuti selama 3 hari. Mereka tinggal di bilik berasingan. Rina sangat seronok dengan layanan yang diberikan. Zahir mahu Rina bersemangat dan kembali ke pangkal jalan. Rina takut masyarakat tidak dapat menerimanya kembali.

Yazid pergi mencari Rina dan mengaku pada Zahir dia adalah suami Rina dan mahu ambil balik isterinya. Namun, Zahir memberikan habuan yang lumayan kepada Zahid untuk tidak mengganggu Rina lagi.Rina beritahu Nor sejak pertemuan kali pertama dengan Zahir dia rasa bahagia dan gembira. Jauh dari penderitaan dan perkara perkara yang tidak disukainya. Nor nasihatkan Rina pergi jumpa Zahir dan luahkan segala perasaannya. Ibu Yazid, Pn Rubiah mengamuk dan marah bila dapat tahu Zahir menjalin hubungan dengan seorang pelacur. Zahir mengaku pergi ke rumah pelacuran tapi dia tak pernah melakukannya sebarang hubungan dengan pelacur itu. Menurutnya wanita yang dikenalinya itu teraniaya hidupnya dan perlukan pembelaan. Perempuan itu dipaksa menjadi pelacur oleh suaminya sendiri.

Zahir tahu dia tak kan dapat bersama dengan Rina kerana umurnya mungkin tak panjang. Dia cuma mahu menyelamatkan Rina. Rina terlalu kecewa bila terdengar perbualan Zahir dan ibunya. Rina tiada pilihan terpaksa balik ke tempat pelacuran itu dan berjumpa Nor. Nor sanggup berkorban demi untuk membantu Rina. Pergelutan terjadi antara Zahir dan Yazid namun Zahir cedera parah ditikan oleh Yazid. Pn Rubiah melaporkan kepada polis kerana Yazid menceroboh dan cuba mencederakan Zahir. Yazid di tahan polis. Rina tidak percaya Zahir mengidap kanser kerana selama ini dia melihat Zahir seorang yang periang.

Adakah Rina akan kembali kepada Yazid dan menjalani kehidupan yang kusum, dapatkah Zahir meneruskan kehidupannya dengan melawan penyakir kroniknya dan mampukah Rina berjaya menawan hati Pn Rubiah untuk mengahwini Zahir ? Saksikan kesudahannya.

Pelakon: Fasha Sandha, Zul Huzaimi, Zaefrul Nordin, Marissa Yasmin, Fadhilah Mansor.