Angels and Demons


Filem ini diklasifikasikan di bawah 18PL. Filem ini mengisahkan pergolakan dalaman gereja di Rome setelah kematian Paus atau Pope. Dengan penemuan simbol misteri Illuminati dan juga penculikan 4 orang kardinal pihak polis Vatican telah mencari dan meminta Robert Langdon, seorang profesor di Universiti Harvard yang pakar dalam mentafsir simbol-simbol purba keagamaan bagi membantu menyelesaikan masalah yang timbul. Selain itu, misteri kehilangan bom jirim ciptaan saintis Italy yang dijumpai melalui sebuah kamera litar tertutup pihak sekuriti Swiss Guard juga menjadi tanda tanya. Setibanya Robert Langdon di Rome, beliau secara tidak sengaja bekerjasama dengan saintis dari Italy, Dr. Vittoria Vetra yang ingin mencari dan mendapatkan semula bom tersebut bagi mengelakkan kehilangan jiwa berlaku.

Bermula di sini, Profesor Langdon terpaksa menggunakan segala kepakaran yang ada dan mencari maklumat penting dalam arkib Vatican mengenai gereja-gereja lama di sekitar Rome di mana setiap kardinal yang di culik bakal di bunuh di setiap gereja lama yang ada kaitannya dengan Illuminati. Setelah berhempas pulas mencari jalan penyelesaian, akhirnya dengan kepakaran Profesor Langdon, kardinal terakhir yang bakal dibunuh berjaya diselamatkan dan seterusnya membawa kepada penemuan tempat kurungan kardinal yang diculik. Sekali lagi filem ini merupakan sebuah filem yang menarik yang diarahkan oleh pengarah Ron Howard yang juga mengarah filem The Davinci Code di mana penonton tidak akan menyangka bagaimana filem ini akan berakhir

ulasan

Angels and Demons adalah filem sekuel Hollywood kepada filem Da Vinci Code yang diarahkan oleh pengarah yang sama, Ron Howard mengisahkan tentang pertentangan sains dan agama Barat pada zaman pertengahan atau zaman yang disebut sebagai zaman Renaissance, iaitu zaman kebangkitan sains dan berkembangnya aliran positivisme dan rationalisme. Dalam filem ini, Galileo dijadikan subjek penentangan sains terhadap agama.


Mengikut sejarah, Galileo, pengamal fahaman Copernicus adalah seorang ahli astonomi yang telah dituduh menyeleweng daripada ajaran Bible serta dianggap bidaah sesat yang nyata oleh gereja katolik apabila mengemukakan teori sains fizik dan astronomi yang berkaitan tentang matahari sebagi pusat kosmos. Maka timbullah kumpulan Illuminati, kumpulan rahsia yang terdiri daripada ahli sains yang ditindas oleh pihak gereja kerana kajian saintifik mereka yang dianggap bleh menggugat autoriti dan legitimasi gereja sebagai sumber rujukan. Bermula naratif dan plot filem ini yang agak provokatif yang melibatkan kontroversi yang diada-adakan antara gereja Vatican dan golongan Illuminati yang cuba membalas dendam atas Galileo.