Beranak Dalam Kubur


Anda suka ditakutkan di pawagam? Kalau sukakan filem seram yang mengejutkan, boleh tonton filem Beranak Dalam Kubur
Filem ini menampilkan bintang cantik dan kacak seperti Adytia Putri, Revand T, Narya, Dinda Kanya Dewi, Shalvynne, Siran dan lain lain.

Mengisahkan Jessy, Jovan, Titaz, Kaila dan Brian adalah sahabat dan mahasiswa kedoktoran. Mereka mengikut praktikal anatomi di sebuah hospital.
Di sana mereka jumpa kamar mayat yang sudah ditutup, tetapi mereka memasukinya dan melihat mayat wanita tersembunyi di bilik itu.
Sejak itu banyak kejadian aneh berlaku dan mereka mendapat gangguan hantu mayat tersebut iaitu mayat Jasmine, gadis desa yang mengejar mimpinya menjadi penyanyi terkenal di ibu kota.
Namun kerana kelalaiannya, Jasmine hamil dan akhirnya dia dan bayi mati secara tragis. Rohnya muncul dengan membalas dendam. Berjayakah roh Jasmine membalas dendam? Siapakah yang didendaminya?

Sistem bunyi yang kuat dan mengejutkan membuatkan jantung sentiasa berdegup sepanjang tayangan. Kalau sukakan kejutan tontonlah.