Black Sheep


Filem ini mengisahkan tentang Henry Oldfield yang fobia dengan kambing biri-biri kerana semasa kecilnya, Henry pernah ditakutkan dengan bulu biri-biri dipenuhi darah. Pada suatu hari Henry telah kembali ke kampung halaman untuk menjual hak miliknya ke atas ladang kepada abangnya, Angus.
Tanpa pengetahuan Henry, Angus telah menjadikan ladang itu sebagai pusat uji kaji ke atas baka biri-biri. Perbuatan Angus ini telah menyebabkan dua pencinta alam sekitar yang cuba mendedahkan kegiatan berkenaan.
Apabila seorang daripada aktivis tersebut secara tidak sengaja melepaskan anak biri-biri yang sudah berubah bentuknya ke ladang terbabit, ribuan biri-biri yang diternak di situ kini bertukar menjadi haiwan yang dahagakan darah.
Henry bersama seorang pekerja ladang, Tucker dan seorang lagi aktivis, Experience mendapati mereka kini terperangkap dalam kawasan ladang yang dipenuhi dengan biri-biri zombi. Apakah yang terjadi seterusnya?