Fool's Gold




Mungkin ramai yang meminati filem berkonsepkan pencarian harta karun kerana ia mempunyai banyak babak dan plot yang menarik dan penuh dengan elemen pengembaraan.


Malah Fool's Gold boleh dikatakan lebih daripada itu apabila pengarahnya, Andy Tennant (pengarah Anna and the King) cerdik dalam memikat hati penonton. Jalan cerita filem ini memang menarik dan dia turut mengetengahkan babak babak-babak lucu tanpa mengetepikan kisah percintaan antara Tess Finnega dan Ben 'Finn' Finnega.


Pemilihan pelakon Kate Hudson pula, yang membawa watak Tess berganding bersama Finn lakonan Matthew McConaughey sangat istimewa apabila mereka dilihat begitu secocok dan berjaya melakonkan watak yang diberikan.


Tidak keterlaluan dikatakan Matthew sebenarnya sangat sesuai melakonkan watak jenis ini (lucu).

Tidak rugi menonton Fool's Gold kerana jalan cerita yang di ketengahkan mampu menghiburkan hati, timbul rasa cemas serta tidak kering gusi walaupun mata hanya melihat lautan biru (babaknya hanya di laut).


Warner Bros dan Andy Tennant pada mulanya bercadang untuk menjadikan kepulauan Caribbean sebagai lokasi, tetapi mereka membuat keputusan menghala kompas ke Queensland, Australia kerana kepulauan Caribbean ketika itu sedang dilanda melalui musim ribut. Kira-kira RM219 juta dilaburkan untuk mnghasilkan Fool's Gold.


Malah, mereka banyak menghabiskan wang apabila melalui proses penggambaran di banyak lokasi menarik dunia seperti Brisbane, Gold Coast, Hamilton Island, Lizard Island, Airlie Beach dan Hervey Bay. Krew dan para pelakon juga disediakan rumah penginapan mewah di setiap lokasi.


Untuk pengetahuan anda, kapal mewah The Precious Gem dalam filem itu adalah kepunyaan Lee Group Charters.



Sipnosis


Ben 'Finn' Finnegan (Matthew McConaughey) tidak pernah putus asa dalam mencari 40 bekas kotak simpanan harta karun tinggalan 1715 yang dipanggil Queens' Dowry. Isteri Finn, Tess mula putus asa dan mula muak dengan sikap Finn yang tidak pernah serik kerana banyak menghabiskan wang dan turut berhutang semata-mata untuk mengejar harta Queens' Dowry. Tess yang memutuskan untuk bercerai telah memulakan hidup baru, bekerja sebagai pelayan di atas kapal mewah yang dimiliki oleh Nigel Honeycutt (Donald Sutherland).


Sikap Finn yang rela melakukan apa saja untuk menyempurnakan niat mencari harta karun itu telah mendapat klu untuk berbaik-baik dengan Nigel agar dapat menggunakan segala kelengkapan dan peralatan dalam kapal Precious Gem. Dia berjaya bertemu Nigel setelah dia menyelamatkan Gemma (Alexis Dziena), anak kesayangan Nigel. Kebetulan Tess yang bekerja di atas kapal itu malah Finn pula mampu mempengaruhi mereka semua, membuatkan niat untuk memulakan pencarian Queens' Dowry itu berjaya.


Bagaimanapun, bukan senang untuk menjumpai Queens' Dowry apabila mereka perlu berhadapan dengan gangster tempatan yang bergelar Bigg Bunny (Kevin Hart) yang juga berminat untuk memilikinya Queens' Dowry. Tetapi hanya Finn dan Tess sahaja yang tahu jalannya setelah banyak mempelajajari tentang Queens' Dowry.


Saat cemas sering muncul dalam proses pencarian harta tersebut di tambah pula harta itu berada di tempat yang benar-benar bahaya.


Perlumbaan kedua-dua pasukan itu akhirnya memihak kepada kumpulan Finn. Pada saat itulah cinta Finn dan Tess mula kembali setelah lama berpisah.