JELMA


drama seram yang berdurasi 5 minit setiap episod ini yang ditayangkan setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Sebanyak 20 episod akan melengkapkan drama ini yang dibintangi oleh Norman Hakim (Rosli), Naim Daniel (Reza), Fauziah Nawi (Mak Tom), Aida Aris (Azizah), Maimon Mutalib (Nenek), Haliza Misbun (Dr. Mulyani), Kathy Azean (Halimah), Zaefrul Nordin (Ustaz Rashid) serta Iskandar Kamarudin (Wak Jang)

Mentera diambil daripada perkataan sanskrit "mantra" atau "manir" yang merujuk kepada kata-kata dalam kitab suci penganut Hindu, Veda. Dalam masyarakat Melayu, mentera atau juga dikenali sebagai jampi, serapah atau seru merupakan sejenis pengucapan dalam bentuk puisi yang mengandungi unsur sihir dan bertujuan bagi menpengaruhi atau mengawal sesuatu perkara untuk memenuhi kenginan penuturnya.


Antara ciri-ciri mentera adalah ia berbentuk puisi, isi dan konsepnya melambangkan kepercayaan masyarakat masa itu, dicipta bagi satu tujuan tertentu.Drama online terbaru di gua.com.my berjudul ‘Jelma’ mengupas persoalan yang sering terlintas di fikiran kita mengenai alam pemujaan untuk mendapatkan sesuatu. Penulis skrip, Sofea J Rhyland ‘mencipta’ ‘Jelma’ berdasarkan pengalaman sendiri ketika melakukan kajian mengenai jampi serapah.

Sinopsis Drama JELMA
JELMA merupakan rentetan tragedi yang berlaku kepada pengurus restoran, Rosli dan keluarganya apabila anak yang dilahirkan sebenarnya jelmaan iblis bertopengkan manusia, yang berpunca daripada amalan khurafat. Rosli bergantung kepada azimat dan tangkal untuk melariskan perniagaannya. mereka tidak menyedari potensi sebenar kuasa anak itu sehinggalah waktunya telah terlewat.