Mamma Mia!




Berlatarkan sebuah pulau terpencil yang terletak di Greek dipanggil Kolakairi, Mamma Mia mengisahkan Sophie (Amanda Seyfried) gadis yang bakal berkahwin, ibunya Donna (Meryl) dan tiga lelaki yang berkemungkinan bapa kandungnya iaitu Sam (Pierce Brosnan); Bill (Stellan Skarsgard) dan Harry (Colin Firth).
Sophie dan tunangnya Sky (Dominic) membantu Donna menguruskan hotel milik mereka yang dinamakan Villa Donna. Selama Sophie bertunang, menjadi impiannya untuk mengetahui siapakah bapanya kerana Donna enggan bercerita mengenai latar belakangnya. Suatu hari, Sophie menemui diari milik ibunya dan mendapati berkemungkinan seorang daripada tiga lelaki yang disebutkan dalam diari berkenaan adalah bapa kandungnya.

Dalam diam, tanpa pengetahuan ibunya Sophie menjemput Sam, Bill dan Harry untuk hadir ke majlis perkahwinannya. Nasib Sophie memang baik kerana Sam, Bill dan Harry setuju untuk hadir. Masalah mula timbul apabila Donna mendapat tahu tiga bekas kekasihnya akan hadir ke majlis perkahwinan Sophie. Malah, Donna tidak tahu menahu Sophie mengetahui hal hubungannya dengan mereka dan tahu perihal Sam, Bill dan Harry mungkin adalah bapanya.

Semestinya sebuah filem muzikal yang sangat menghiburkan kerana ia memuatkan antara lain lagu Honey, Honey; Money, Money, Money; Chiquitita; Dancing Queen; Our Last Summer dan banyak lagi