Pulau Asmara


Sinopsis:
Sebuah kisah tentang tiga pemuda, Taufik, Jeffri dan Sam, yang membuat keputusan untuk bercuti di sebuah pulau yang terkenal di Malaysia, Pulau Langkawi. Taufik, seorang pemuda yang konservatif dan Jeffri terkenal dengan sifat playboy manakala Sam pula seorang yang suka melawak. Ketiga-tiganya memiliki keperibadian berbeza namun tidak menghalang ikatan persahabatan mereka. Percutian mereka dirancang dengan begitu sempurna dan segalanya berjalan dengan lancar. Namun kesempurnaan percutian mereka berakhir, apabila takdir menemukan mereka dengan tiga gadis iaitu Lina, Amy dan Sofea. Bukan hanya setakat percutian, malah pertemuan mereka turut mengubah takdir kehidupan mereka selamanya. Satu persatu konflik timbul antara mereka dan persoalan demi persoalan merungkai kepada pelbagai rahsia yang tidak pernah Sam, Taufik dan Jeffri bayangkan akan terjadi dalam hidup mereka. Mampukah mereka menghadapi takdir mereka dan mencari jalan keluar? Atau takdir apakah yang seterusnya menanti mereka di pulau tersebut?