Sanggar Cinta Raudhah


Menerusi 20 episod siarannya, drama terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd yang turut mengetengahkan lakonan Watie Sadali, Azhan Rani, Aliza Abdullah, Kapt (B) Mohd Noor Bon dan Liza Othman yang sememangnya cukup berpengalaman dalam bidang lakonan tanahair.
Menerusi Sanggar Cinta Raudhah juga penonton dapat menyelami kasih sayang yang cukup mendalam dalam diri seorang ibu meski pun masyarakat kita seringkali memandang serong seseorang yang bergelar ibu tiri. Sarat dengan pengajaran berguna, Sanggar Cinta Raudhah mengangkat martabat seorang wanita yang mampu dijadikan idola di kalangan wanita kerana berjaya berdepan pelbagai dugaan mencabar dalam hidup. Wanita bukanlah objek yang boleh diperlakukan sesuka hati sebaliknya wanita masa kini mampu memikul tanggungjawab sendiri terhadap keluarga.
Pastikan anda tidak lepaskan peluang menyaksikan drama Sanggar Cinta Raudhah setiap Khamis, jam 8.30 malam yang dapat menyuntik semangat jati diri di kalangan wanita ini menerusi saluran Dunia Ria, TV2.
Sebagai seorang wanita yang tabah dan cekal, dirinya begitu gigih mengambil alih syarikat peninggalan arwah suami dan meneruskan kehidupan sehariannya yang begitu mencabar. Mengendalikan syarikat yang mengalami masalah kewangan sememangnya menuntut sepenuh perhatian untuk memulihkannya kembali sekaligus menambahbaik prestasi syarikat. Begitu pun liku hidup yang terpaksa dijalani wanita bernama Raudhah tidaklah semudah disangka apabila dia turut berdepan konflik tentangan daripada dua anak tirinya, Mazli, Suzi dan Dahlia yang begitu memusuhi dirinya.

Takdir menentukan Raudhah bertemu jodoh dengan lelaki muda dikenali sebagai Izwan yang juga anak kepada teman rapatnya, Datin Maznah yang pada mulanya sekadar mahu membantu mengembalikan kegemilangan syarikat Halalink Corporation. Mereka sama-sama jatuh cinta lalu mendirikan rumahtangga meskipun mendapat halangan keluarga Izwan dan juga anak-anak tirinya. Raudhah pasrah dengan jodoh yang telah ditakdirkan untuknya itu.
Dugaan berganda mula menghantui kehidupannya apabila dua anak tirinya, Suzi dan Dahlia jatuh cinta dengan ketampanan Izwan yang seusia mereka. Lalu pelbagai usaha dan helah dilakukan mereka untuk merebut hati lelaki bergelar ayah tiri mereka itu meskipun menyedari cinta Izwan begitu teguh untuk Raudhah seorang. Pada masa sama kedua-duanya dengan bantuan Mazli, abang mereka cuba menjalankan komplot untuk merebut hak ke atas syarikat Halalink Corporation.
Dijayakan wataknya oleh pelakon berpengalaman Aida Radzwill yang bergandingan dengan Zizan Nin yang menghidupkan watak Izwan, plot-plot menarik ini boleh diikuti menerusi drama bersiri Sanggar Cinta Raudhah yang mula bersiaran pada 3 Disember 2009, setiap Khamis, jam 8.30 malam di TV2.