THE SPIRIT


Diadaptasi dari siri buku komik oleh Will Eisner, THE SPIRIT adalah sebuah filem bergenre aksi-adventur-cinta klasik. Ditulis dan diarah oleh Frank Miller (pencipta filem 300 dan Sin City).

Cerita ini berkisar tentang bekas polis yang dihidupkan semula selepas mati secara misterius sebagai SPIRIT (Gabriel Macht) untuk membenteras kejahatan yang berleluasa di Central City. Musuh ketatnya si Octopus (Samuel L. Jackson) pula mempunyai misi berlainan iaitu menghancurkan bandar kesayangan Spirit demi mengejar kehidupan abadi. Spirit menjejak pembunuh kejam ini di setiap pelusuk Central City.

Sepanjang pemburuannya itu, Spirit bertembung dengan ramai wanita yang cantik menggoda. Mereka sama ada mahu menggodanya, mencintainya, atau membunuhnya! Wanita yang kerap mendampinginya ialah Ellen Dolan (Sarah Paulson) yang pintar menggunakan cemeti, Silken Floss (Scarlett Johansson), Plaster of Paris (Paz Vega) seorang penari kelab malam mampu membunuh, Lorelei (Jaime King) dan Morgenstern (Stana Katic) polis wanita muda lagi seksi. Akan tetapi hati Spirit adalah milik Sand Saref (Eva Mendes), pencuri batu permata berbahaya yang kini menyebelahi pihak jahat. Mampukah Spirit menyelamatkannya atau adakah Saref akan membunuh Spirit? Saksikannya di pawagam berhampiran.