The Incredible Hulk


Dalam filem ini, pada permulaan cerita, penonton ditunjukkan dengan pantas imbasan babak berlakunya kemalangan dalam makmal sehingga menyebabkan Dr Bruce bertukar menjadi Hulk.

Seterusnya, dia membawa diri ke Brazil (pemandangan rumah bertingkat-tingkat sungguh menakjubkan), bekerja di sebuah kilang tetapi pada masa sering berhubungan secara sulit dengan saintis di AS tentang perkembangan penawar bagi memulihkan dirinya.


Dalam kekalutan hidup, Hulk turut merindui kekasihnya Betty Ross (Liv Tyler) yang juga anak kepada pegawai tentera yang paling nekad memburu dan mahu menghapuskannya iaitu Jeneral Thaddeus 'Thunderbolt' Ross (William Hurt).
Â
Ketika inilah muncul seorang tentera Emil Blonsky (Tim Roth) yang rela dirinya disuntik dengan bahan ujikaji untuk menjadi lebih hebat daripada Hulk. Jadi bermakna anda akan dapat melihat satu pertempuran antara 2 makhluk yang menggerunkan!

Filem ini begitu menghiburkan dan lebih baik daripada filem dulu kerana perkembangan babak dan plotnya lebih tersusun serta mendebarkan. Kesan khas Imej Janaan Berkomputer (CGI) walaupun nampak keterlaluan ala komik, sangat membantu filem ini.

Pengarah nampaknya cuba menunjukkan sedikit logik apabila Hulk cuba mencari seluar jerut yang lebih besar kerana isu seluar Hulk yang tidak koyak selalu dipersendakan penonton!

Babak paling menarik adalah pertempuran di sebuah padang kampus universiti apabila Hulk diserang bertubi-tubi oleh pihak tentera. Aksi Hulk yang akhirnya menunjukkan kuasa supersonic yang dimilikinya sungguh vast!

Seronok pula melihat pembabitan cameo pelakon asal, Lou Ferrigno sebagai pengawal keselamatan selain meminjam suara untuk watak Hulk.

Anda tidak seharusnya melepaskan peluang menonton Hulk kerana ia antara filem aksi dan sains fiksyen terbaik