16 Blocks


Sinopsis:
filem aksi cemas dan ganas iaitu "16 Blocks" yang mengisahkan tentang Jack Mosley, lakonan Bruce Willis seorg pegawai polis yang hampir bersara ditugaskan menemani Eddie Bunker lakonan Mos Def, seorang saksi satu kes jenayah daripada tahanan polis ke mahkamah yang sejauh 16 blok, terma yg biasa digunakan di Amerika Syarikat.

Nak dijadikan cerita, ada pihak-pihak tertentu yang cuba menghalang untuk memastikan saksi tersebut tidak sampai ke mahkamah. Siapakah mereka dan mengapa mereka berbuat demikian menjadi isu utama filem ini.

Jalan ceritanya bermula dengan perlahan saja, sambil watak-watak utama diperkenalkan. Adegan-adegannya semakin cemas dan rancak apabila nyawa saksi tersebut mula terancam.

Walaupun watak Jack Mosley yang lemah lesu kerana sudah berumur dan kaki minum berbanding dengan Bruce Willis yang macho sepert yang kita kenal dalam filem Die Hard (dan juga agak menyampah dengan watak Eddie yang tak henti-henti bercakap pok-pek, pok-pek, plotnya tetap menarik terutama ketika satu kejutan atau 'twist' yang didedahkan.