Anak




Sinopsis

Segalanya bermula apabila Nita memulakan hidup baru dengan sepupunya Kay (Ida Nerina), selepas melalui satu kejadian buruk iaitu dirogol. Gara-gara peristiwa itu, Nita pernah terasa seperti hidup ini bagai tidak bererti lagi.

Kay pula seorang model berjaya malah dianggap wanita paling cantik di Malaysia. Hidupnya berada di puncak dan dia ingin terus mempertahankan status glamornya itu.

Kemudian, di rumah mereka, Nita mula mengalami perkara aneh apabila sering terlihat kelibat budak dalam lingkungan usia 5 tahun dengan keadaan cukup menakutkan, merayau-rayau sehingga terbawa-bawa dalam tidur. Masalahnya, hanya Nita yang mampu melihatnya dan tidak Kay.


Apabila Nita memberitahu perkara itu kepada Kay, dia enggan mempercayainya dengan berkata itu hanyalah mainan trauma Nita. Kay turut menasihati Nita agar bertemu dengan pakar sakit jiwa. Begitupun jauh di sudut hati, Kay sebenarnya turut ketakutan kerana trauma yang dialami Nita itu ada kaitan dengan dirinya sendiri.