The Bourne Identity


The Bourne Identity


RTM berkongsi sambutan tahun baru 2010 ini dengan menjanjikan tayangan filem Bourne Identity pada 2 Januari 2010 (Sabtu), jam 10.00 malam
filem Bourne Identity dan Bourne Supremacy yang sememangnya menarik untuk tontonan seisi keluarga yang pastinya sudah memiliki impian dan cita-cita untuk dilaksanakan dengan kemunculan tahun baru. Begitu pun bagaimanakah kiranya segala yang dimpikan musnah gara-gara tanpa diduga seseorang itu kehilangan arah apabila identiti dirinya sendiri lenyap dari ingatan.
Menariknya menerusi filem yang diadaptasikan daripada sebuah novel Robert Ludlum’s, Bourne Identity ditayangkan sekitar tahun 2002 kepada penonton menyaksikan aksi Jason Bourne yang seperti telah mati dan hilang ingatan dengan sepasang peluru di belakangnya. Namun dia telah diselamatkan di Laut Mediteranian oleh nelayan dari Itali. Hanya ada tanda nombor akaun di badannya sahaja yang dapat membantu dia mencari identiti dirinya yang sebenarnya. Filem ini dibintangi aktor terkenal Matt Damon, Franka Potente dan Brian Cox.