The Bourne Supremacy


The Bourne supremacy

RTM berkongsi sambutan tahun baru 2010 ini dengan menjanjikan tayangan filem Bourne Supremacy pada 9 Januari 2010 (Sabtu) jam 10.00 malam
dua minggu berturut-turut, peminat slot Saturday Night Special On 2 menyiarkan filem Bourne Identity dan Bourne Supremacy yang sememangnya menarik untuk tontonan seisi keluarga yang pastinya sudah memiliki impian dan cita-cita untuk dilaksanakan dengan kemunculan tahun baru. Begitu pun bagaimanakah kiranya segala yang dimpikan musnah gara-gara tanpa diduga seseorang itu kehilangan arah apabila identiti dirinya sendiri lenyap dari ingatan.
Bourne Supremacy yang masih mengekalkan pelakon-pelakon yang sama pula kembali dengan watak Jason Bourne setelah bebas daripada masalah mental dan fizikal. Dia cuba mahu membina kehidupan baru bersama teman wanitanya, Marie di satu tempat lain. Tetapi apa yang dirancangkannya tidak menjadi kenyataan dan berlaku pula sebaliknya.