CIK AH CIK NIN



Drama bersiri ini mengisahkan tentang Dira (Puteri Fateen) dan Nina (Sherry Ibrahim) adalah dua sahabat baik yang telah membesar bersama kerana keakraban keluarga mereka berdua. Kisah bermula apabila mereka telah dilahirkan pada hari yang sama.
Nama Dira diilhamkan dari nama Sudirman Hj. Arshad kerana ibunya peminat penghibur itu. Nama Nina pula berasal dari ribut La Nina kerana dia dilahirkan ketika ribut melanda. Walaupun perwatakan mereka berdua berbeza, mereka berkawan kerana keluarga mereka yang sememangnya rapat.

Dira seorang gadis yang sangat lurus bendul dan selalau mensalah tafsirkan maksud orang. Dia bagaikan Pak Pandir di kampungnya disebabkan sifatnya yang lurus bendul. Nina lebih bijak dari Dira tetapi perangainya yang kuat berangan selalu mengakibatkannya berada dalam situasi yang kelakar dan memalukan. Angan-angannya selalu datang pada masa yang paling teruk bagai Mat Jenin di atas pokok kelapa. Mereka berdua membesar dan hidup di kampung bersama keluarga masing-masing.

Kisah dua gadis ini bermula apabila seorang jejaka baru pindah ke dalam kampung mereka. Maka bermulalah misi Nina untuk mengetahui siapakah jejaka tampan itu. Dira seperti biasa menurut saja idea dan angan-angan si Nina. Nina pula sudah asyik membayangkan bermacam-macam situasi demi mengenali hero baru kampung.
Berjayakah mereka mengenali jejaka yang heboh diperkatakan oleh orang kampung mereka? Apa pula gelagat mereka dalam mengenali hero kampung itu ? Sama-sama kita ikuti kisah mereka dalam Cik Ah Cik Nin pada setiap hari Selasa