Cinta Anak Kedah


Jika anda peminat setia drama sarat komedi usah ketinggalan menyaksikan telemovie Cinta Anak Kedah lakonan Azzad Jazmin, Azzarima, Zulkifli Zain, Normala Omar dan Yusmal Ghazali mengisahkan Muzani adalah seorang usahawan korporat muda yang berjaya. Dia mengalami satu fenomeno psikologi yang unik. Apabila dia berdepan dengan perempuan yang diminatinya, dia akan jadi mengelabah.
Muzani bertemu dengan Atikah. Muzani terpaksa menyamar sebagai kecil kedi di Kelab Golf semata-mata untuk berkenalan dengan Atikah. Namun percintaan antara Muzani dan Atikah mendapat halangan dari Zaidan yang turut sama mencintai Atikah. Mak Teh, ibu Atikah memilih Zaidan menjadi menantunya kerana menyangka Zaidin anak orang berada.
Akhirnya latar belakang Muzani terbongkar. Pada mulanya Atikah tidak menerima Muzani kerana menyangka Muzani telah menipunya. Namun masih adakah ruang di hati Atikah untuk menerima cinta Muzani?
Cinta Anak Kedah pada 3 Januari 2010, jam 11.05 pagi