Dejavu


Sinopsis:
filem jenayah yang penuh dengan aksi cemas iaitu "Deja Vu", mengisahkan tentang Doug Carlin, seorang ejen penguatkuasa Amerika lakonan Denzel Washington yang mendapati dirinya terlibat dengan penyiasatan ke atas kejadian letupan sebuah feri yang mengorbankan lebih daripada 500 orang, kebanyakannya anggota tentera laut Amerika dan ahli keluarga mereka.

Selepas mengesyaki kematian Claire seorang wanita misteri lakonan Paula Patton ada kaitan dengan kejadian letupan itu, Doug kembali ke detik beberapa hari sebelum kejadian menerusi kaedah saintifik yang melibatkan pengembaraan masa untuk menghalang kejadian itu daripada berlaku dan menyelamatkan wanita yang kini dicintainya.

Filem ini berjaya menarik perhatian dengan aksi cemas dan jalan ceritanya yang memaparkan kerja-kerja penyiasatan yang penuh dengan teka-teki dan adegan cemas.