Dosa Semalam



Dosa Semalam pada 2 Januari 2010, jam 3.00 petang. Dosa Semalam mengetengahkan kisah selepas diceraikan, kehidupan Aziah (42 tahun), pemilik sebuah firma pengiklanan, menjadi tidak keruan kerana didesak dan diganggu oleh bekas suaminya, Fazli (44 tahun) yang mahukan mereka berkahwin semula. Bagaimanapun Aziah enggan kerana dia sudah serik hidup bersama Fazli, seorang yang cemburu buta dan panas baran. Gangguan berterusan Fazli menyebabkan Aziah mengalami tekanan perasaan dan terpaksa mengambil ubat penenang.
Akibat dari gangguan perasaan, Aziah terpaksa berdepan pula dengan sikap tidak yakin anaknya, Shasha (15 tahun) terhadap kemampuan dirinya mengurus diri serta keluarga. Beberapa dakwaan Aziah terhadap pembabitan Fazli dalam usaha memporak-perandakan kehidupan mereka, dianggap satu ilusi oleh Shasha. Ini menyebabkan Shasha menjadi semakin rapat dengan Fazli dan sekaligus makin membimbangkan Aziah kerana dia tidak mahu Fazli menggunakan Shasha bagi tujuan mencapai matlamat Fazli untuk berkahwin semula dengannya. Dosa Semalam lakonan Haliza Misbun, Zaefrul Nadzarine, Jesse Lim, Janet Khoo dan Zarynn Min.