Gourmet





Drama bersiri ini berkisarkan tentang sebuah tempat memasak di sebuah restoran terkenal di Korea. Sung Chan (Kim Rae Won) dan Bong Joo (Kwon Oh Joong) dibesarkan dan diajar tentang masakan oleh bapa Bong Joo yang juga pemilik restoran terbabit.

Bong Joo merupakan seorang jejaka kacak yang mempunyai impian yang besar dan bercinta-cita untuk mengambil-alih perniagaan milik bapanya. Namun harapan Bong Joo musnah apabila bapa beliau lebih menyukai dan menyenangi Sung Chan yang begitu ikhlas dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.
Sung Chan dianggap sebagai satu ancaman besar oleh Bong Joo dan Min Woo dan mereka berdua telah sepakat untuk memasang strategi untuk menjatuhkan Sung Chan
.
Di dalam sebuah pertandingan masakan, Min Woo dan Bong Joo bersepakat dan merancang untuk menjatuhkan Sung Chan. Sung Chan pula melarikan diri tanpa sebarang pesan apabila mendapat tahu dirinya telah dikhianati oleh Bong Joo dan Min Woo
.
Sung Chan mula merantau dan akhirnya menjadi penjual makanan tradisional korea yang cukup lazat dan digemari ramai. Kehidupan beliau semakin baik dan beliau akhirnya bertemu dengan Jin Soo seorang wartawan yang banyak menyokong karier beliau. Jin Soo kemudiannya jatuh cinta kepada Sung Chan.