Hantu Jembatan Ancol


Sinopsis Hantu Jembatan Ancol
Nikko (Ben Joshua), pelajar kacak berumur 20 tahun dan tunang kepada Dona (Nia Ramadhani) gadis cantik berumur 19 tahun yang mana mereka saling mencintai satu sama lain.

Tetapi satu hari, Nikko telah berjumpa dengan Livi (Nadia Ernesta), gadis seksi berumur 19 tahun bekerja di sebuah cafĂ©. Semenjak perjumpaan itu perasaan Nikko terhadap Livi amat berlainan. Sehingga beliau sanggup menipu Donna. Livi amat yakin yang Nikko mencintainya. Dalam masa yang sama keyakinannya berbelah bahagi apabila dia melihat Nikko dan Dona saling menyayangi. Tetapi Nikko menyakinkan Livi dengan mengatakan yang Dona itu pilihan orang tuanya. Dan Livi adalah satu satunya yang dicintai. Livi percaya…

Masa berlalu. Nikko dan Livi tenggelam dalam dunia percintaan mereka, sehingga Livi mengandung dan meminta Nikko bertanggung jawap. Nikko tidak dapat menerima semua ini, lagi pun dia tidak mahu mengkianati Dona.

Livi amat kecewa dan mereka bertengkar. Nikko tidak dapat mengawal kemarahannya lalu menolak Livi. Kepala Livi terhantuk ke dinding. Kepala Livi cedera parah dan beliau meninggal. Nikko amat panic lalu dia mencampak mayat Livi di bawah Jambatan Ancol.

Selepas kejadian ini Nikko merasakan yang dia dihantui oleh Livi. Bermula dengan deringan hp Livi mengekori kemana saja dia pergi. Dan juga menerima mesej “Sayang, cinta ini milik kita…” yang mana perkataan inilah yang selalu disebut semasa percintaan mereka. Bermula la kehidupan yang kucar-kacir yang harus ditempohi oleh Nikko. Yang mana hantu arwah Livi terus menghantui Nikko.