House


Sinopsis:
filem seram berdasarkan kepada novel dengan tajuk yang sama iaitu "House" arahan Robby Henson. Sepasang suami isteri Jack dan Stephanie yang dalam perjalanan dengan kereta untuk menghadiri satu sesi kaunseling, terbabas di sebatang jalan terpencil lalu bertemu dengan seorang Sheriff yang berkelakuan aneh lakonan Michael Madsen. Selepas menerima arah jalan pintas daripada Sheriff tadi, Jack dan Stephanie menjadi sesat dan terjumpa sebuah rumah tumpangan usang yang diuruskan oleh seorang wanita dengan anak lelakinya dan seorang lagi pekerja lelaki. Rupa-rupanya ada sepasang kekasih juga yang telah sesat dan berada di rumah tersebut dan nasib mereka berubah menjadi kacau bilau dengan kemunculan seorang pembunuh misteri bernama Tin Man.

Filem ini seolah-olah menjanjikan cerita yang menyeramkan lebih lagi apabila ia melibatkan rumah lama yang kelihatan seperti didiami hantu. Permulaan cerita memang menyeramkan, dengan suasana, bunyi latar dan keadaan rumah tersebut membuatkan saya rasa teruja la sedikit. Tapi lama kelamaan selepas kemunculan watak Tin Man, unsur seram berkurangan dan jalan cerita semakin merapu