Kamelia Katrina


Kamelia Katrina adalah sebuah lagi drama terbitan Astro Megadrama yang bakal ditayangkan di Astro Ria pada setiap hari Khamis bermula 5 November 2009, jam 9.05 malam. Drama 26 episod ini bakal menampilkan pelakon-pelakon popular seperti Elyana yang membawa watak Katrina, Miera Leyana sebagai Kamelia, Nabil Mentor sebagai Ari, Syed Ali sebagai Azhar, Ain Mohd Satar sebagai Yaya, Norman Hakim sebagai Jehan, Shaharudin Thamby sebagai Kahar, Liza Shadan sebagai Puan Mariam, Zarina Zainuddin sebagai Linda dan Fetty Dzul sebagai Nek Mun.

Pasti ramai peminat-peminat drama melayu menunggu kemunculan drama Kamelia Katrina ini, dengan gandingan lakonan Elyana yang pertama kalinya melakonkan watak jahat, Miera Leyana dan Nabil pastinya drama ini bakal menjadi bahan bualan. Jom kita baca sedikit sebanyak sinopsis Drama 'Kamelia Katrina'.

Sinopsis Drama
'Kamelia Katrina'

Drama 'Kamelia Katrina' mengisahkan pertelagahan di antara dua orang adik beradik jelita yang mempunyai personaliti berbeza.

Katrina ialah seorang kakak yang sombong, pemarah dan pendengki.

Manakala Kamelia pula ialah seorang adik yang lembut, pemurah dan baik hati.

Kamelia dan Katrina telah kehilangan ibu sejak kecil dan mereka dibesarkan oleh nenek mereka, Nek Mun.

Kenakalan Katrina terserlah dari kecil lagi. Kamelia sering dibuli oleh Katrina menyebabkan bapanya, Jehan, selalu menyebelahi Kamelia.

Sejak dari itulah perasaan iri hati terbit di hati Katrina dan menjadi pemangkin semangatnya untuk mendahului Kamelia dalam apa jua cabaran yang dilalui.

Perasan benci Nek Mun terhadap menantunya pula terbawa-bawa hingga kini kerana wajah Kamelia mirip wajah menantunya.

Kerana itu, Kamelia sering dilayan dengan buruk sekali. Segala kasih sayangnya dicurahkan kepada cucu kesayangannya, Katrina.

Konflik dan drama menjadi-jadi apabila Katrina ingin mencuri hati Ari yang telah diberikan ke Kamelia.

Motif Katrina hanyalah untuk mewarisi segala hartanya. Tidak ada apa yang akan menghalang Katrina daripada memiliki hati Ari walaupun dengan membunuh!

Apakah yang bakal berlaku seterusnya? Berjayakah Katrina memiliki hati Ari? Adakah Kamelia terus dibenci keluarganya?

Saksikan drama hebat penuh konflik ini yang akan bersiaran menerusi Astro RIA (saluran 104) pada setiap hari Khamis bermula 5 November 2009 jam 9.05 malam.