KUNTILANAK 3





Sinopsis


Darwin (Mandala Abadi Shoji), Asti (Imelda Therine), Herman (Reza Pahlevi) dan Petra (Laura Antoinetta) pergi ke kampung Ujung Sedo untuk mencari dua orang rakan mereka yang hilang iaitu Stella dan tunangannya, Rimson.

Ketika dalam perjalanan, mereka bertemu dengan seorang gadis bernama Samantha (Julie Estelle) yang turut dalam perjalanan ke Ujung Sedo untuk menyelesaikan misi peribadi yang misteri.


Ketika mengharungi hutan, kabut dan gua, seorang demi seorang telah hilang menjadi mangsa Kuntilanak berkuku panjang, berpakaian putih dengan wajah menggerunkan. Kuntilanak itu sebenarnya ada kaitan dengan seorang dukun tua yang juga mempunyai kuasa aneh.

SINOPSIS 2


pembukaan Kuntilanak 3, penonton sudah mula dihidangkan babak mengejutkan.

Ternyata, cubaan untuk menakutkan penonton berjaya dibangkitkan sehingga sesekali buat penonton meremang bulu roma tatkala cuba menoleh. Pengarah, Rizal Mantovani, seumpama sudah masak dengan selok belok dan bahan utama yang diperlukan filem seram memandangkan sentuhan sebelumnya pada filem Jelangkung dikatakan cukup berjaya.
Bagaimanapun, ada kalanya watak utama seperti Julie, Ida dan Reza seolah-olah hilang fokus dek jalan cerita yang agak longgar.
Kuntilanak 3 mengisahkan Darwin (Mandala Abadi Shoji) Asti (Imelda Therine), Herman (Reza Pahlevi) dan Petra (Laura Antoinetta) pergi ke Desa Ujung Sedo untuk mencari dua rakan mereka yang hilang, iaitu Stella (Laudya Cynthya Bella) dan tunangnya. Dalam perjalanan, mereka bertemu seorang gadis Samantha (Julie Estelle) yang punya misi peribadi dan misteri di Ujung Sedo.

Lima anak muda ini mengembara menembusi hutan, kabut dan gua di mana banyak kejadian menyeramkan dan aneh menghantui mereka. Semuanya ada kaitan dengan misi peribadi Samantha yang memiliki sumpahan untuk memanggil Kuntilanak. Ibu Samantha, Mega (Ida Iasha), menyuruh Samantha mencari seorang dukun tua di Ujung Sedo yang boleh mencabut wangsit itu. Namun, dukun tua itu ada rancangan jahat lain.