Lambaian Kasih


Lambaian Kasih pada 1 Januari 2010, jam disiarkan menerusi TV1. Dibintangi Eman Manan, Nik Nelydia, Anne Abdullah, Mubarak Majid, Zakari Yusof, Roy Azman dan Ummi Nazeera, telemovie Lambaian Kasih berkongsi kisah Zabidin, bekas pegawai kerajaan yang dipenjara 6 tahun atas kesalahan rasuah. Selepas 6 tahun Zabidin dibebaskan, hanya Salimah bekas kekasihnya, bekas GRO yang menyambut kepulangannya.


Zabidin menemui anak lelaki sulungnya, Amirol yang telah berkahwin dengan anak seorang jutawan. Zabidin mencari anak bongsunya Suzana namun tidak berjaya. Sementara itu, Zabidin berjumpa rakan sekerjanya dulu, Murad. Murad terlepas dari tangkapan. Zabidin menuntut janjinya pada Murad. Murad memberi 50 ribu ringgit kepada Zabidin untuk memulakan hidup baru.

Salimah yang tidak bekerja sebagai GRO telah membuka kedai jahitan dan menjalankan perniagaan kecil-kecilan bersama anaknya, Amelia. Zabidin pulang ke kampung, di mana rumahnya yang sudah lama kosong ditinggalkan sejak kematian isterinya, Zubaidah. Zabidin menemui Murad untuk mendapat informasi tentang anak bongsunya, Suzana. Zabidin akhirnya dapat mengesan Suzana. Zabidin dapat berjumpa Suzana yang dalam keadaan khayal dan mabuk. Ternyata Suzana menyembunyikan peristiwa ‘hitam’ yang membelenggu dirinya tanpa pengetahuan orang lain.