Lara


Lara bakal bersiaran mulai 11 Januari 2010 setiap Isnin jam 9.00 malam hingga 9.30 malam menerusi saluran TV2. LARA diarahkan oleh Haizul Anafer Ali kisah nasib yang menimpa Arina dan anaknya Tasnim selepas kematian suaminya Amir. Marissa Yasmin membawa watak sebagai Arina dan barisan bintang hebat iaitu Eizlan Yusoff sebagai Fariq dan Azhar Sulaiman sebagai Amir. Fariq yang merupakan ejen insuran Amir sangat mengambil berat terhadap Arina setelah ketiadaan Amir. Sejak kehadiran Fariq dalam hidup Arina yang dalam kesedihan dia dan anaknya merasa terhibur apabila Fariq memberi perhatian padanya. Namun, sangkakan Arina terhadap cinta Fariq padanya adalah palsu belaka setelah dia mengahwini Fariq dan mengetahui sikap buruk Fariq yang mempunyai kepentingan peribadi. Dalam masa yang sama Arina khuatir atas tindakannya mengahwini Fariq dan dia masih berharap Fariq adalah suami yang baik. Tetapi semua itu adalah harapan semata-mata. Kerana masalah kewangan yang dihadapinya, Fariq memutuskan untuk melarikan diri ke Kemboja. Kehidupan Arina dan Fariq di Phnom Penh dilalui seperti biasa walaupun terpaksa meninggalkan anaknya Tasnim. Di sana Fariq bernasib baik mempunyai rakan niaga bernama Yusuf yang komited dalam perniagaannya. Setelah sekian lama di Phnom Penh, Fariq kembali kepada perangai lamanya yang suka berpoya-poya dan berhutang. Tabiatnya yang suka berhutang membuatkan keadaan hidup Arina bertambah susah akibat duitnya dikikis oleh Fariq. Mujur semua wang insurans Amir disimpan untuk pembiayaan pendidikan Tasnim.
Kehilangan Arina sejak pergaduhan besar dengan Fariq menjadi misteri. Selepas 15 tahun Fariq akhirnya kembali ke Malaysia setelah berjaya mengaut kekayaan di Phnom Penh. Tasnim pula sedang meningkat dewasa dan menjadi seorang gadis yang cantik. Dia mendapat pekerjaan di sebuah syarikat perumahan milik seorang Datuk. Memang terpendam dihati Tasnim untuk mencari ibunya suatu hari nanti. Adakah Fariq akan terlepas selepas dia menganiaya Arina? Antara barisan pelakon yang membintangi drama bersiri Lara ialah Khadijah Tan, Mubarak Majid, Badrul Muhayat, Ayu Raudhah dan Ku Faridah.