Raja Lawak 4




Sedikit berbeza daripada musim lalu, Gelanggang Raja Lawak yang bersiaran pada hari Jumaat, bagaimanapun akan bertukar siarannya pada setiap hari Ahad, jam 9 malam bermula 3 Januari 2010


pada musim ini Program realiti bakat komedi, Raja Lawak Astro musim keempat yang bertemakan 'Kelakar Tak Ingat'...mempunyai barisan Pengkritik tetap yang dipertanggungjawabkan untuk memberi tunjuk ajar, komen dan panduan kepada semua finalis terdiri daripada pelakon dan penggiat seni serba boleh Afdlin Shauki, penyampai radio dan pelawak Din Beramboi serta pelawak dan pengacara Bob Lokman


Senarai peserta solo raja lawak 4:

1. Alexander Ahat atau Alex dari Sabah
2. Khairul Idlan Abd Razak atau Idlan (Kedah)
3. Ahmad Zaidi B. Masri atau JD (Perak)
4. Abdul Halim Bin Abd Malek atau Caca (Kedah)
5. Khairul Faiz Bin Sulaiman atau Faiz (Perak)
6. Zulkefli Abu Bakar atau Aman (Johor)

4 peserta berkumpulan raja lawak 4:
1. Kumpulan AN2 (Johor)
2. Kecik (Sabah)
3. Mamu (Pulau Pinang)
4. Wili (Perak)

maklumat lanjut di MURAI.COM


Fakta...


Raja Lawak boleh berbangga dengan pencapaiannya apabila jumlah penonton yang menyaksikan pertandingan akhir berjaya meraih 1.3 juta penonton dan sekaligus mengatasi penonton yang menyaksikan pertandingan akhir Akademi Fantasia 7, cabaran untuk menarik lebih ramai penonton kali ini lebih besar dan berat.