How To Train Your Dragon


‘How To Train Your Dragon’ menceritakan tentang mitos dunia Viking dan naga. Ia mengisahkan seorang pemuda Viking bernama Hiccup (Jay Baruchel) yang hidup di pulau Berk. Penduduk pulau ini sentiasa berhadapan dengan serangan naga dan untuk mempertahankan diri mereka perlu berlawan dengan haiwan ini untuk terus hidup.

Sebagai anak kepada ketua pemburu naga, Stoick the Vast, Hiccup ingin membuktikan kepada semua yang dia juga boleh menjadi pemburu naga, walaupun ramai yang tidak yakin dengan niatnya itu.

Namun segalanya berubah apabila Hiccup terjumpa seekor naga yang tercedera. Dia mula menyedari haiwan itu sebenarnya boleh menjadi kawan jika tahu bagaimana cara melayannya. Hiccup terpaksa berdepan dengan tugas berat untuk membuktikan naga yang dianggap pemusnah adalah haiwan yang sepatutnya dilindungi dan disayangi.


REVIEW SIKIT..