Nine Tailed Fox ( forbidden love )




Drama ini mengisahkan tentang dunia Nine Tailed Fox atau Musang berekor 9 yang hampir pupus. kaum ini juga dikenali sebagai serigala jadian. kaum ini mempunyai markas sendiri dimana markas tersebut diketuai oleh beberapa elder dan juga terdapat beberapa orang pahlawan (warriors) . kaum ini di malam harinya memakan daging manusia dan di waktu siang menyamar menjadi manusia biasa. Malah ada yang menjadi popular dikalangan manusia. Antaranya ada yang menjadi menteri, dan artis. Terdapat juga mitos mengenai keturunan serigala berekor Sembilan yang dipercayai memiliki nyawa yang kekal abadi dan sangat kuat (dah macam cerita anime naruto).


Kang Min Woo (hero) seorang polis janayah sedang menyiasat mengenai jenayah jual beli organ manusia. Kang min woo terpaksa menyamar menjadi penjenayah untuk mengesan dalang yang mengetuai penjualan organ manusia tersebut. Tetapi didalam gang penjual organ tersebut terdapat seorang lelaki yang merupakan salah seekor keturunan serigala jadian.


Kebetulan dimalam itu bulan mengambang, maka lelaki serigala jadian itu telah mengamuk kerana kelaparan daging manusia. Dan tiba tiba muncul beberapa pahlawan serigala jadian yang datang untuk membunuh lelaki serigala tersebut kerana telah mendedahkan diri dihadapan manusia. Maka berlakula pergaduhan 3segi antara polis, gang penjual organ dan pahlawan serigala jadian.


Yun Shi Yeon (heroin) merupakan salah seekor pahlawan serigala jadian telah melakukan kesalahan kerana tidak membunuh min woo. Shin yeon merasa dirinya mempunyai kaitan dengan min woo kerana min woon mempunyai 1 locket yang sama dengan locket yang dimilikinya.


Cerita menjadi lebih menarik setelah min won mengatahui shi yeon merupakan salah seorang kawan karibnya yang telah hilang diculik sejak kecil. Shin yeon juga merupakan satu satunya kaum serigala jadian 9ekor. Shin yeon dihendaki mengorbankan dirinya dengan menyerahkan hatinya kepada ahli serigala jadian yang lain. Kaum serigala jadian akan berkembang jika memakan hati shin yeon kerana sesiapa yang memakan hati shin yeon akan mandapat nyawa yang kekal abadi.


Demi mengembangkan kaum serigala jadian dan demi menyelamatkan min woo dari terus diburu oleh kaum serigala jadian. Shin yeon sanggup berkorban walaupon Moo Young iaitu anak pada chief elder dan juga merangkap tunang kepada shin yeon telah mencadangkan shin yeon melarikan diri. apakah yang terjadi kepada shin yeon?? Adakah shin yeon akan hidup bahagian dengan moo young atau min woo??? Adakah hati shin yeon dimakan oleh serigala jadian yang lain??? . Ending cerita drama ini sungguh tidak disangka oleh penonton…


Drama ini telah memenangi award.. dan drama ini juga mempunyai banyak persamaan dengan drama terkenal filipina She Wolf - the Last Sentinel. Untuk korang menilai sendiri persamaan drama ini korang boleh baca synopsis drama She Wolf - the Last Sentinel

review drama Nine Tailed Fox ( forbidden love ) : http://www.youtube.com/watch?v=JR1c3dnLU6Q

Title : Nine Tailed Fox / Gumiho / Forbidden Love



Cast :
Kim Tae Hee as Yun Shi Yeon / Hae In
Jo Hyun Jae as Kang Min Woo
Jun Jin as Moo Young
Han Yae Seul as Chae Yi





Share/Bookmark