Program Realiti : Imam Muda



Imam Muda


Imam Muda Astro Oasis merupakan program realiti anjuran Astro Oasis (saluran 106) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Ia telah dirasmikan pada 11 Mac 2010 oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan. Siri pencarian IMAM MUDA ini bakal bersiaran di saluran rasmi; Astro OASIS (saluran 106) bermula 27 Mei 2010. Butir-butir lanjut mengenai program-program akan diumum pada sidang media akan datang.



Akhil Hayy dilaporkan bakal mengacarakan program realiti Imam Muda ini . sesiapa yang mahu alunan zikir dari akhil hay boleh download di sharing site M@T@


Tujuan
Tujuannya agar dapat membentuk generasi muda ke arah perilaku yang baik dan berakhlak.[1] Imam di kalangan orang muda perlu dicari, digilap dan diketengahkan. Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar menyatakan Imam Muda mestilah menitikberatkan aspek pengetahuan mendalam dalam agama Islam dan kebolehan untuk memimpin. Kemahiran berbahasa Inggeris juga ditekankan.



Program ini bukan bersifat komersial semata-mata tetapi sebagai tanggungjawab moral. Ia akan mencari Imam Muda yang terbaik di Malaysia. Peserta akan dihimpunkan di sebuah asrama selama tiga bulan bagi mempelajari dan memahami tentang hal-hal keagamaan dan kepimpinan Islam dari tokoh-tokoh ugama serta pendakwah dan pemimpin Islam terkemuka yang bertauliah dan berpengalaman. Semua peserta akan menjalani dan mengikuti jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang Imam, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat. Kesemua individu ini bakal diuji setiap minggu dengan latihan amali, praktikal dan tajuk-tajuk agama serta kemasyarakatan dan kepimpinan. Program Imam Muda adalah di antara testimonial kami menerbitkan program-program ilmiah dan tidak tertumpu kepada elemen hiburan semata-mata. Ia akan memartabatkan status Imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang tanggungjawab sebenar yang perlu dipikul serta menjadi pemangkin kepada kelahiran imam muda yang versatil dan relevan kepada komuniti.

Hadiah


Juara Imam Muda akan mendapat biasiswa penuh di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi dilantik menjadi imam di mana-mana masjid utama di Wilayah Persekutuan berserta sebuah kereta.Selain itu mereka membawa pulang wang tunai RM20,000 dan sebuah komputer riba Apple Macpro di samping pakej menunaikan haji.


Sesi temuduga

Ia terbuka kepada semua lelaki rakyat Malaysia berugama Islam dan berumur antara 18-27 tahun. Mereka boleh membaca Surah Al-Fatihah, Surah Lazim dan mempunyai pengetahuan agama Islam.
Sesi ujian dan temubual akan diadakan dari jam 8.00 pagi - 1 petang di :
• 26 – 27 Mac 2010-Pusat Pentadbiran Islam Negeri,Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu,
• 2 – 3 April 2010,-Masjid Zahir Negeri Kedah, Alor Setar, Kedah
• 10 - 11 April 2010-Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bahru, Johor
• 17 – 18 April 2010-[Kom[pleks Pusat Islam]], Kuala Lumpur [









Share/Bookmark