Sumpah Bunian




Hari ini aku tengok ulang tayang drama sumpah bunian. aku letak sinopsis drama ini kerana tertarik hati tengok keayuan wajah nora danish yang bertudung.



Episod pengenalan drama ini membawa penonton melihat kehidupan Hawa diwaktu kecil, dimana Hawa sering memerhatikan Adam yang sedang bermain dengan rakan-rakannya. Hawa tertarik dengan peribadi Adam yang baik dan mulia, berbeza dengan sikap sepupu Adam, Fikri yang mempunyai sikap yang bertentangan. Sesiapa yang menyakiti binatang pasti dimarahi Adam. Keperibadian Adam inilah memikat hati Hawa. Kekerapan Hawa yang sering ke tempat Adam membangkitkan kemarahan ibu bapanya. Bagaimanapun, Hawa tidak lagi dapat melihat pergerakan Adam apabila Adam terpaksa mengikut keluarganya berpindah ke kota.


Hawa merindui Adam dan berasa sunyi selepas pemergiannya. Tujuh belas tahun berlalu, Adam kini sudah dewasa dan membantu syarikat bapanya, Tuan Hashim. Namun minat Adam masih kepada alam semulajadi, flora dan fauna. Adam kembali ke hutan, tempat dia bermain sewaktu kecil untuk melihat haiwan-haiwan jinak yang sering menemani zaman kanak-kanaknya. Terlihatkan kunjungan Adam, Hawa sekali lagi terpikat dengan Adam yang sudah 17 tahun dirinduinya itu…..



Bagaimanakah kesudahan percintaan dua insan yang berlainan dunia, adakah Hawa akan melepaskan cintanya, apakah mungkin keduanya dapat disatukan dalam dunia manusia…? Sama-sama kita saksikan kesudahan Sumpah Bunian ?



Dibintangi oleh:
Nora Danish sebagai Hawa
Rizal Jaafar sebagai Adam
Qazem Nor sebagai Fikri
Elly Mazlein sebagai Azeera
Mahmud Ali Bashah sebagai Hashim
Fetty Zul sebagai Normah
Dian P. Ramlee sebagai Kasmah
Bienda sebagai Jasmin
Mubarak Majid sebagai Malik
Aznah Hamid sebagai Mariam



Drama Review : http://www.youtube.com/watch?v=IdbphE5Ew1c

ost drama : http://www.youtube.com/watch?v=7K3RVSaNmrM





Share/Bookmark